Monday, 26 November 2018

Review Atmosphere 360 KL Tower




Hi semua. Apa khabar? 

Harini dae nak cerita sikit first impression dan sedikit review makan di restoran Atmosphere 360, KL Tower. 

Mesti ramai dah pernah dengar kan? Haa kalau anda ingin beri kejutan kepada pasangan anda, boleh la makan di sini. Dia sediakan pakej candle light tau uolsss. Romantic gittuw..

Harga boleh rujuk di website but roughly harga begini :

Lunch RM 98.60 per pax
Hi Tea RM 71.70 per pax
Dinner RM 220.40 per pax

Boleh pergi ke website dia untuk maklumat lebih lanjut :



So, selain makan di KL Tower, of course macam-macam aktiviti boleh dibuat. Boleh la beli sendiri tiket di kiosk layan diri e-tickets. 





Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di KL Tower dan antaranya ialah Sky Deck, Observation Deck, Sky box dan sudah tentunya makan di restoran Atmosphere 360. 



Cantik kan? Ini merupakan ceiling di salah satu sudut di dalam KL Tower.


Setelah menaiki lif, maka tibalah di restoran ini. Lifnya amat laju!



Jom masuk ke restoran Atmosphere 360!

Okay kenapa namanya Atmosphere 360? Sebab, restoran ini boleh berputar 360 darjah, jadi kita dapat melihat seluruh KL sambil menikmati hidangan istimewa di restoran ini! 



Design yang eksklusif, sesuai untuk dijadikan tempat berdating bagi yang berkemampuan! Tapi apa salahnya, sekali sekala belanja pasangan yang tercinta makan di tempat eksklusifkan? 









Antara pilihan makanan di Atmosphere 360.

Okay, menu makanannya menarik, cuma secara jujurnya, pendapat saya tentang restoran ini ialah pilihan makanannya tidak begitu banyak. Jadi, orang yang suka makan makanan buffet macam saya mungkin akan lebih suka makan di hotel 5 bintang sebab harganya lebih murah dan lebih banyak pilihan. Haha. 
 


Tapi untuk satu pengalaman yang menakjubkan, tidak salah untuk mencuba kerana ini juga merupakan satu pengalaman yang baru! 





Antara awards yang diberikan untuk restoran Atmosphere 360.



Cantik ceiling dia. Kalau malam mesti lebih cantik sebab ada lampu-lampu seperti bintang di langit kan?



Tandasnya yang bersih
 





Posing sikit berhadapan KLCC. Agak gayat juga!

Makan di sini ada time slot dia. Lebih kurang 1 jam 30 min - 2 jam untuk setiap slot. Apa yang menariknya ialah, sekiranya tempat duduk anda ialah berdepan dengan pemandangan KLCC semasa mula-mula masuk ke restoran ini, anda akan berpusing 360 darjah (secara perlahan, sebenarnya kita tidak akan perasan pun dia berpusing melainkan perhati betul-betul) dan anda akan berhenti betul-betul di hadapan KLCC tepat 1 jam 30 min kemudian. 



Selepas makan, anda boleh la ke Sky Deck Observation untuk melihat bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih dekat. 



And what I mean dekat is literally dekat by using this binoculars. Memang boleh nampak segalanya!

(Bahaya juga sebab boleh guna untuk skodeng! Haha)



Selepas dah turun dari KL Tower, antara aktiviti lain yang boleh dibuat ialah melawat Kuala Lumpur Upside Down House, dan sudah tentunya berbayar. Harga RM 19.







Boleh cuba rasai pengalaman di rumah terbalik. Menarik!

Jadi review saya mengenai Atmosphere 360 ialah ;

Best, pastinya suatu pengalaman yang baru untuk sesiapa yang ingin mencuba. Makanan sedap, tetapi ada juga menu yang boleh ditambah baik. Pilihan makanannya tidak begitu banyak, tapi cukup untuk mengenyangkan. Selain itu saya amat suka akan restoran ini, sebab sangat bersih, staff baik dan paling penting, pemandangan dan pengalaman yang sangat berharga dan pastinya tidak dapat dilupakan!

Jadi, pada sesiapa yang ingin mencubanya, boleh layari website mereka. Saya sarankan anda pergi waktu malam untuk candle light dinner kerana malam lebih romantis! 

Regards,
Miszdae

No comments:

Post a Comment