Monday, 5 November 2018

Review Hanamaru Udon, IOI City Mall, Putrajaya


Assalamualaikum dan hai semua!! Nak try makan makanan Jepun yang halal dan best? Jom baca review saya harini.


Pernah dengar tak restoran nama Hanamaru Udon? Kalau korang perasan, restoran ni dah semakin banyak, terutamanya in big shopping malls and one of it is IOI Putrajaya la..

Macam biasala, masalah negara dan isu paling besar ialah nak menjawab soalan "nak makan mana?" hahaha. Selalu lalu Hanamaru ni, tapi tak pernah masuk selama ni. Jadi jomlah kita try apa yang best kat siniii.



Ini menu dia. Macam-macam ada.. Nak nasi ada, nak mee pun ada. Nak ala carte ada, nak set pun ada. So kitorang decided to choose :

Salmon Steak Set A RM 23.90
Salman and Saba Kabayaki Set A  RM 23.70 
Saba Kabayaki Set C RM 25.60

Perbezaan Set A, B dan C ialah side dish dia.


Ini ialah interior dia. Biasa jela, takde la wow tapi okla.


Apa yang bagusnya tentang restoran ini ialah, dia menggunakan konsep "order dan bayar dulu baru makan". Bagus juga sistem ini sebab lebih sistematik dan makanan pun cepat siap. 

Jadi, untuk makan di restoran ini, korang kena beratur dulu untuk ambil order.




Lepas dah ambil order menu utama yang kita nak, kita boleh terus ke kaunter bayaran. Tapi sepanjang perjalanan, ada pelbagai jenis tempura, jadi kalau tergoda boleh la "add on" haha.


Tempura udang ada, tempura sotong ada, tempura cendawan enoki ada, macam-macam la ada!


Akhir sekali baru lah kaunter bayaran. So, by the time kita sampai di kaunter bayaran, makanan kita pun dah siap! Jadi kita cuma kena bayar jeee. Cepat kan?? Hahaha

Cuma ada satu kelemahan sistem ini. Kalau contoh kita beratur, dan orang depan kita baru nak tengok menu apa yang menarik untuk makan tu of course akan ambil masa yang lama untuk kita tunggu! Jadi, untuk memudahkan orang belakang kita, pastikan kita dah siap-siap fikir nak makan apa. Boleh tengok menu dia kat entrance dia tu je lagi senang! haha


After dah bayar, kita akan dapat cawan. Jadi bolehla isi nak air green tea sejuk atau panas. Yang bestnya, boleh refill banyak kali! 


Jadi ini lah contoh makanan yang saya order. Cantik jga presentation dia. Boleh la fengfeeling jepun sikit kannn hihi



Salmon dan saba. Sedap!


Ini goreng tempura dia. Sedap! Ranguppp!!

Overall, memang berpuas hati dengan restoran ni sebab servis dia memang laju gila. Yang paling I suka sebab tanda HALAL dia memang terpampang besar-besar di luar kedai, so in sha Allah, halalan toyyiban ye! Another thing that I like about this place is that kita boleh refill sendiri je air, tak perlu panggil2 waiter setiap kali nak refill.

Makanan dia sedap, tapi probably I should warn you, kalau sejenis suka makan pedas, rasanya tak sesuai la kot makan kat sini, sebab rasa dia mild je (tak pedas langsung). 

Sekian review yang super super simple by me. Sesiapa nak datang sini, boleh la ke IOI City Mall Putrajaya, Ground Floor.

Lot LG-46, City,
Putrajaya, Ioi Resort, 
62502 Kuala Lumpur

Opening hours : 10 AM - 10 PM

Boleh baca another restaurant review by me di IOI Putrajaya:

Review K Fry Urban Kitchen IOI Putrajaya



2 comments:

  1. Lya sukaa hanamaru udon ni, ada satu je kat aeon Klebang, Ipoh tapi dah tutup :'( tak sure la utk renovation ke apa hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooo dh tutup kee.. tp best kann

      Delete