Tuesday, 9 April 2019

Honeymoon Phuket - Pantai dan Kapal Terbang di Mai Khao beach

Post ini merupakan sambungan. Boleh baca post sebelumnya di link ini :


Okay that evening, kitorang pun sewalah motor yang berharga 250 baht untuk 24 jam untuk berjalan-jalan. Kenapa saya cakap 24 jam instead of 1 hari? Sebab, 24 jam ni maksudnya harini pinjam pukul 5 petang, esok pulangkan pukul 5 petang. Haaaa. 


Mula-mula kitorang ingatkan pinjam pukul 5 petang, malam tu pukul 12 malam dah kena pulang kan. Sebab yela dah lewat petang baru nak pinjam kan, so rugi la kalau bayar 250 baht tapi guna separuh hari je. Rupanya baru lah kitorang faham yang diorang ni pukul 5 petang pinjam, 5 petang esok baru pulang kan haaa bagusla camtu kannn.

Cara-cara sewa motor boleh baca di post ini :


Kitorang pun bersiap-siap untuk ke Phuket Fantasea

























Memang best gila performance dia! Too bad tak boleh record. Haha. Jadi moh le kita tidur sebab esoknya nak tengok plane! Yahoooooo

***

Rise and shine! Harini, pagi-pagi lagi kami dah keluar dari hotel untuk beach hopping. Beach hopping ni term yang I pandai-pandai buat hahahaha. But it literally means pergi from pantai ke pantai. 

So antara pantai yang akan kita singgah along the way ialah : 

• Mai Khao beach
• Kamala beach
• Surin beach
• Paradise beach
• Karon viewpoint
• Karon beach 
• Patong beach




Haaa banyak kan pantai di Phuket. So untuk ke pantai-pantai ni, kitorang naik motor je. Senangggg! Hahaha


Seperti yang pernah diceritakan, motor ni kami sewa sebanyak 250 baht untuk 24 jam. So sorang dalam 125 baht je yalls.. Jangan lupa cari motor yang tinggi cc nya sebab jarak dari pantai ke pantai ni jauh, dan berbukit bukau. 

So perlukan cc tinggi supaya motor tak semput di tengah perjalanan! Ni husband cerita berdasarkan pengalaman, dia dengan kawan dia sewa motor 100cc je pastu sangkut kat bukit hahahahahaha. 


First stop yang kitorang pergi ialah Mai Khao beach. 

Mai Khao beach ni semakin menjadi tumpuan sebab korang boleh menikmati pantai sambil melihat kapal terbang landing dan take off. 


Untuk ke sini, korang boleh je waze semasa di sana. Senang

Mai Khao beach ni kira pantai yang paling jauh dari Patong sebab dia terletak betul2 di Phuket airport. Sebab tu kita kena pergi dia first. In fact, pagi-pagi lebih banyak kapal terbang berbanding tengahari so kena cepat.

Jangan risau, motor boleh je park kat mana-mana and it’s free!


AAAAAAA TENGOK TU KAPAL TERBANG TENGAH NAK LANDING. I DIEEEEEEEEEE








Lepas dah puas tengok kapal terbang, kitorang pun nak ke arah Patong semula and along the way, kita singgah la pantai-pantai yang disebutkan tadi.


But since cuaca tersangat sangat lah panas terik so memang rasa nak balik je terus, so kitorang banyak skip pantai. Kitorang pergi ke pantai yang betul-betul famous je.



Second stop is Surin beach. Cantik pantai ni..


Kitorang then singgah hotel kejap sebab nak solat dan rest sebab memang panas gila pastu sambung beach hopping. 

Kitorang then proceed ke Karon viewpoint. 


Viewpoint ni terletak betul-betul atas bukit so korang boleh tengok Phuket as a whole and the beautiful beaches from up above the sky! Cantikkkkk


Bagi sesiapa yang nak ketenangan, korang boleh stay di Karon beach sebab pantai ni pilihan family untuk stay compared to Patong. Mungkin sebab suasana dia lebih tenang dan tak banyak bar macam Phuket.


Last stop is Patong beach! This is probably the heart of Phuket and memang ramai gila that makes it more happening! 



Macam-macam ada kat sini. Korang nak buat water sports, main jet ski pon boleh. Better pergi Patong di waktu petang sebab pukul 6 camtu dia dah nak simpan-simpan barang so dia bagi rate lagi murah! Haha




Kat Phuket yang famousnya pancake ni la, boleh letak je apa-apa inti dia. 


So I nak nutella banana. Harga 80 baht yallzzz. Bila betul-betul kat pantai je terus dia bantai naik harga menjunam. Padahal boleh dapat 40 baht je haha


Takpela yang penting enjoy makan! Haha Sedapppppp


Okay dah selesai beach hopping marilah kita pulang ke hotel untuk mandi sebab dah belengaih sangat ni panaih lit lit yallz.


After dah siap-siap mandi, destinasi seterusnya ialah ke Jungceylon mall.





Okay seriously mall ni takde ape pun so takyah pergi haha.


Lepas tu jalan-jalan di Bangla Road sebab I love this place memang happening gilaaa. Tapi maybe tak semua orang suka sebab dia banyak bar tapi dalam masa yang sama dia banyak street show, so best laaaa.

Bangla road ni memang di penghujungnya ialah pantai Patong, so kitorang pun berjalan la di sekitar pantai pada waktu malam. Actually pantai ni waktu malam agak mati jugak la sebab takde apa nak buat tapi kebetulan ada tournament beach soccer so takdela bosan sangat! Haha




Lepas tu kitorang pun singgah untuk Thai massage. Ada yang semurah 180 baht je yallz untuk satu jam! So bolehlah kalau nak urut geli geli camtu kan hahaha

Dah dapat urut boleh lah tidur dengan lena sebab esoknya nak balik dahhhh


Haa since ini last day, of course kena shopping untuk souvenir kannn? Haaa, korang boleh la ke Hard Rock cafe ni. Actually almost everyday kitorang singgah sini haha bestt besarrr




Untuk cari souvenir, I recommend korang untuk pergi ke Dragon market dia. Okla price dia reasonable..


No comments:

Post a Comment