Monday, 8 July 2019

ABC Food Corner Jalan Masjid India

Hi semua! Baru-baru ini Dae diajak untuk review di ABC Food's Corner yang terletak di Jalan Masjid India. So first thing in mind was, wah boleh la shopping di Jalan Tar ataupun SOGO!

And you know what, memang within walking distance, so memang sesuai la korang singgah especially lepas dah penat berjalan shopping! Haha


INFO MENGENAI ABC FOOD'S CORNER

Dibuka setiap hari 11 am - 11 pm

Alamat : ABC Food's Corner, Jalan Masjid India, 
50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Konsep : Indian Fine Dining

So jom kita terjah restoran ini!


SUASANA DI DALAM RESTORAN 
ABC FOOD'S CORNER


Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran, boleh terasa kesejukan penghawa dingin (air cond) di dalam restoran ini. Amat menyegarkan, lagi-lagi kalau dah penat shopping tu kan! hihi


Restoran ini terdapat dua tingkat. So jom kita ke tingkat atas untuk lebih privasi.


So far nampak kemas, bersih dan selesa.




Tujuan mereka memanggil kami ke mari ialah untuk mencuba menu baru mereka iaitu :


Macam menarik, makan dalam talam siap ada daun pisang lagi.

ABC THALI COMBO MEALS

Tidak perlu menunggu lama, kami siap dihidangkan dengan set ABC Thali combo meals ini. 


Menarik! 


ABC Thali combo meals terdiri daripada :

Main course :
Nasi Putih
Nasi Bryani
Kari ikan
Sambal Sotong
Daging kambing Massala
Burung Puyuh goreng
Ikan Tenggiri goreng
Udang goreng rempah
Ketam goreng
Ayam 65
Ayam Varuvval
Daging Kambing Sukka Varuval
Hati Kambing goreng 
Kari Perut Kambing
Sayur bendi goreng
Sayur kobis goreng

Beverage and Dessert :
Laddu
sweet mysori
ice cream
Jus tembikai 2 gelas




Macam-macam ada. Sesuai untuk dimakan untuk 2-3 pax.






Korang boleh pilih nak makan dengan pinggan atau atas daun pisang. Of course we chose daun pisang sebab nak authentic rasa macam ala-ala indian gitu kan! A nice experience!

My review :

Overall, makanan dia memang sedap! Kari dia memang korang kena cuba sebab memang kawwwwww! Semua lauk dia sedap-sedap, dan yang bestnya ada banyak variety so boleh cuba semuanya. Untuk harga RM 44.40, memang berbaloi sebab murah dan ada kepelbagaian. Lagi pula suasana ada aircond, selesa dan bersih. Yang penting Halal!

Double thumbs up!

Untuk pengetahuan korang, mereka turut menyediakan tempat untuk event yang siap ber-aircond, including mic, sepaker dan projector! Boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.







Manager ABC Food's Corner

Bagi yang mahu makan secara ala carte, boleh la melihat menu di bawah :

ABC CORNER FINE DINING MENU


SCROLL KE BAWAH









_________________________________________________________________________________

For more info :

ABC Food's Corner
Jalan Masjid India, 
50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Facebook ABC Food Corner

Korang pun boleh order dari Food Panda okay! Senangggggg

Okay sekian sahaja review hari ini. Thank you for reading!

Disclaimer :DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.

In collaboration with @socialfoodmarketer

No comments:

Post a Comment