Thursday, 15 August 2019

Review Impiana Hotel, Ipoh


Hi, assalamualaikum. Bercadang untuk bercuti di Ipoh bersama keluarga dan masih mencari-cari hotel yang sesuai untuk keluarga? Apa kata korang cuba Impian Hotel, Ipoh! 

Hotel ini merupakan antara hotel yang terawal yang dibina di Ipoh dan ia sering menjadi pilihan utama pengunjung yang mahukan keselesaan. Konsep gabungan kontemporari dan tradisional mampu membuatkannya masih gagah berdiri di sini.

  

INFO IMPIANA HOTEL, IPOH 

Alamat : 18, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Negeri Perak
Phone: +60(5) 255 5555   

Masa check in : 2 p.m.
Masa check out : 12 p.m.

Taraf hotel : 4 bintang

Kelengkapan / fasiliti yang disediakan :
  • gym
  • restoran
  • kolam renang
  • wifi percuma
  • parking percuma
  • lengkapan mandi seperti sabun mandi, shampoo, shower cap, berus gigi, putik kapas, sikat, emery board
JENIS BILIK DAN HARGA SEMALAM

Seperti hotel yang lain-lain, harga bilik ini tidak tetap, dan boleh berubah dari semasa ke semasa jadi korang perlu check di website mereka untuk harga yang latest okay! They always have exciting offers on their website. Klik link ini untuk ke website Impiana Hotel : 

Deluxe Room

 
A spacious and tastefully designed 24sqm room featuring :
  • 1 King Bed
  • 32″ LCD TV
  • in-room Internet access
  • in-room coffee and tea
  • daily 2 bottles mineral water and car park

Size : 24sq.m

Royal Suite



A spacious and tastefully designed 280sqm room featuring :
  • 1 King Bed
  • 32″ LCD TV
  • in-room Internet access
  • in-room coffee and tea making facilities
  • daily 2 bottles mineral water
  • turn down service
Spacious with attached living room and dining room
Royal Suite bathroom:
  • Jacuzzi
  • hot and cold shower
  • shower cubicle with full bathroom amenities
No. of rooms: 1
Size : 280sq.m
Menarik kan? Teringin nak cuba royal suite tu next time!!

 SEKITAR IMPIANA HOTEL, IPOH 

Haa korang mesti dah tak sabar nak tengok sekitar hotel ini. Jom kita terjah lagi tengok apa yang menarik di sini!




lobby



laluan ke bilik-bilik



Ini lah bilik deluxe kami. Memang besar! Lagi besar dari hotel-hotel lain untuk harga yang murah macam tu!

Jom kita check samada biliknya menepati tak ciri-ciri 4 bintang 






Katilnya amat luas! King sized bed! Sejadah pun disediakan.


Tandas bilik kami 


 sabun mandi 
shampoo 
shower cap 
berus gigi 
putik kapas 
sikat 
emery board 

Haa, memang sebetulnya layak dapat 4 bintang kerana amenities yang disediakan mencukupi dan memuaskan!


 MAKAN DI IMPIANA HOTEL, IPOH 

Untuk mereka yang letih untuk keluar dari hotel, tetapi lapar nak makan, di sini juga terdapat restoran yang dinamakan The Coffee House. Berikut merupakan senarai harga untuk breakfast, lunch / high tea, dan dinner.

Breakfast

Adult RM 30 
Child RM 15
Senior citizen RM 21

Lunch (Monday - Friday) : 

Adult RM 38 
Child : RM 19
Senior citizen : RM 28

Hi-Tea (Saturday - Sunday) : 

Adult RM 40
Child : RM 20
Senior citizen : RM 28

BBQ Dinner (for every Friday and Saturday)

Adult : RM 58
Child : RM 29 
Senior citizen : RM 42

25% discount with student card for hi tea & bbq


So inilah dia The Coffee House!

Memandang kami tiba di waktu malam, jadi jom kita cuba BBQ Dinner dia!


SEKILAS DINNER DI COFFEE HOUSE




Luas dan moden! 


Anda juga boleh memilih untuk makan di luar di tepi kolam!



Istimewanya untuk BBQ Dinner, sudah pastinya akan ada menu BBQ! Mmmm nyummyyy! Anda boleh mendapatkan menu BBQ di luar ye..


Boleh pilih nak suruh dia bakar kan apa. Ada udang, sotong, ikan, ayam, daging dan macam-macam lagi!!




 Besar-besar sotong dia! Memang puas hatiiiiii! Perapan dia pun sedap!!


Selain itu, anda juga boleh menikmati stim boat juga! Macam-macam pilihan ada.



Roasted chicken dia pun sedappppp


Ada sate jugak hokey!


Mashed potato! Sangat sesuai untuk BBQ ni!



Mee kari pun ada!





Tak lengkap lah dinner kalau takde pilihan ABC kan. nyummy!!


Uish memang macam-macam ada! Honestly, untuk harga RM 58 tu memang sangat-sangat berbaloi. Kalau kat KL ni dah almost RM 100 dah untuk hotel 4 bintang! Jadi makan lah sepuas-puasnya! hahaha

SEKILAS BREAKFAST DI COFFEE HOUSE




Untuk breakfast hari ini, ramai pula orang. Rupanya ada buat reunion di sini. Nice, a good idea!

Jom kita tengok pilihan makanan yang ada untuk sarapan pagi :

cereals, of course, wajib! 


chicken slices, sosej, roti, hash brown dan macam-macam lagi!



pelbagai pilihan roti


boleh pilih untuk di luar berhadapan dengan swimming pool.


di bahagian luar, anda boleh request pelbagai jenis masakan telur seperti omelette, scramble dan lain-lain.


My omelette in action!




hasil tangkapan! haha hash brown dia sedap gilaaaaaaaa


bon appetite!





Dah makan tu boleh lah mandi dan kemudian check out. 

Tak puasssss, nak stay lagi!! 

 REVIEW IMPIANA HOTEL, IPOH 

What I really love about this hotel :

1. Bilik dia sangat luas, lebih luas dari hotel-hotel dengan harga yang sama. Trust meeee!
2. Harganya berpatutan, dan for me dikira murah kerana hotelnya 4 bintang!
3. I suka this hotel sebab dia syariah compliance; diorang providekan sejadah, dan penunjuk arah kiblat. Very helpful!
4. I love the toiletries and amenities sebab complete! So tak perlu susah-susah bawa toiletries sendiri.
5. Makanan dia memang pelbagai, sangat puas hati!
6. Staff dia semua ramahhhh. Bestttttt
7. Lokasi yang sangat convenient, terletak betul-betul di tengah bandar! Mudah untuk akses ke mana-mana tarikan di Ipoh.

Tapi, yang ini info korang kena tahula untuk stay di sini :

1. Hotel ini sedikit lama, yela antara hotel yang paling lama di Ipoh, jadi jangan terlalu mengharapkan untuk design yang moden
2. Mereka berkongsi parking dengan bangunan UMNO, jadi jangan terkejut melihat kondisi parking! Tapi anda boleh parking di luar juga, tiada masalah

With that being said, overall, memang best stay di Impiana Hotel, Ipoh ni!! I paling suka sebab memang di tengah-tengah bandar, so nak pergi mana-mana je senang. Tu memang plus point diaaaa!!


With the sweet beautiful Puan Norma, one of the best manager in Impiana Hotel, Ipoh!

See you soon in Impiana Hotel, Ipoh!

Watch my video on Impiana Hotel, Ipoh :

Impiana Hotel, Ipoh video




No comments:

Post a Comment