Sunday, 24 November 2019

5 Tempat Best di London!

5 Benda Best Kat London

Ibu kota England ini sangat terkenal di serata dunia. Keindahan kotaraya London ini tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat keunikannya yang tersendiri. Aku yakin kebanyakan kita mesti pernah ada keinginan nak jejak London walaupun hanya sekali seumur hidup. Namun, kekangan kewangan selalu menjadi halangan untuk kita tunaikan hasrat di hati. 
Kadang-kadang kalau macam ada saving lebih sikit tu, aku suka buka website Traveloka untuk usha manalah tahu ada tiket murah untuk ke London kan. Aku cuba find Cathay Pacific flights guna Traveloka untuk cari flights from Kuala Lumpur to London, cuba nasib lah katakan. Hahaha. Tetapi apakan daya setiap kali tu, mesti still tak cukup bajet. Tetapi jangan salah anggap pulak, kadang-kadang tiket Traveloka ni dah cukup murah dah just asyik tak lepas nak pergi tu sebab fikirkan kos-kos lain yang perlu ada untuk kat sana nanti. So, kenalah postpone lagi keinginan tu.
Kenapa aku suka sangat nak pergi London ni walaupun aku tahu kos sara hidupnya agak tinggi? Sebab yang utama mestilah banyak sangat tempat menarik yang kita boleh lawati kat sana. Dan aku juga tertarik dengan keunikan struktur bangunannya yang ada kelihatan klasik tetapi terjaga rapi. So, aku nak share lah sikit tempat-tempat yang aku rasa kalau sampai London, kita mesti pergi. Hopefully turn aku untuk travel ke situ nanti akan sampai cepat sikit. Hahaha
  1. The Big Ben
Kalau tanya aku, The Big Ben ni dah macam simbol utama London. Ia merupakan menara jam yang terbesar di dunia. Kalau masuk kotaraya London kita memang akan nampak jelas menara ni gah berdiri seperti mercu tanda London. Fakta menarik yang aku sendiri baru tahu, Big Ben merupakan nickname kepada loceng besar yang terdapat di dalam jam tersebut bukanlah nama jam tu sendiri. Ia terletak di bangunan parlimen London. So, aku akan pastikan sampai London mesti kena ada satu gambar dekat sini sebagai tanda dah jejak London. 
  1. Tower Bridge
Ini juga merupakan salah satu mercu tanda London. Di antara jambatan ini terdapat 2 tower yang boleh kita masuk untuk menikmati keindahan kotaraya London terutamanya di waktu malam. Ia terletak merentasi Sungai Thames dan berhampiran dengan Tower of London. Jangan pernah lepaskan peluang untuk bergambar di sini pada waktu malam sebagai tanda kenangan di sana.
  1. Westminster Abbey
Ia boleh dikatakan antara gereja terbesar yang terdapat di London. Aku sangat suka dengan keunikan bangunannya, terutama di bahagian dalam gereja tersebut. Ia kelihatan sangat cantik dan gah di mata aku. Bagi aku rugilah kalau dah sampai sini, tak datang ke Westminster Abbey ni sebab banyak info menarik yang boleh kita dapat mengenai tempat ni.
  1. Thames River
Lagi satu mercu tanda atau trademark London yang kita tak boleh lepaskan peluang untuk pergi. Kalau kita sekadar pergi tengok sungai macam tu je mesti kita rasa bosankan? Yelah tengok air je kan. So, cadangan aku salah satu cara untuk melihat keindahan London adalah dengan menaiki cruise di Thames River ni. Sebab kita boleh menghayati keindahannya melalui satu perspektif yang berbeza. 
  1. London Eye
Surely, yang ni kalau dah ada kat London mesti pergi. Kalau dulu di Malaysia pernah ada Eye on Malaysia, London dah ada sebelum kita dan ia masih gah berdiri di situ. London Eye merupakan roda gergasi yang terletak berhampiran dengan Thames River. Kalau tadi kita dah tengok keindahan London dengan cruise, kita kena cuba untuk menghayatinya dengan London Eye pula. Disebabkan London Eye ni tinggi, jadi pemandangan yang dapat kita lihat tu lebih luas. Ia sangat berbeza dengan cruise tadi dan ia sangat cantik pada waktu malam.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh kita pergi kalau bercuti di London. Namun begitu, tempat ini adalah tempat yang wajib untuk kita pergi tanpa miss. Dan kesemua tempat ini semuanya berdekatan antara satu sama lain. So, senang lah untuk kita kan. Aku harap sangat aku akan cepat sampai London, sebab sebenarnya banyak lagi tempat yang aku dah listkan untuk jadikan ia sebagai tempat wajib pergi nanti.

1 comment: