Wednesday, 6 November 2019

Cara Isikan Borang ke Luar Negara untuk Pegawai Kerajaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Cuti hujung tahun ni nak ke mana? Ada plan nak keluar negara tak? Haaa kalau dah siap2 beli tiket, guru-guru atau pegawai kerajaan perlulah mengisi borang ke luar negara. Jadi di sini saya nak memberikan panduan step-by-step cara untuk mengisikan borang ke luar negara.



1) Layari laman web www.myarrehlah.my


2) Klik pada bahagian e-lampiran A


3) Sila isi maklumat seperti yang dikehendaki dalam borang e-lampiran A


4) Kemudian klik pada 'jana' setelah selesai melengkapkan borang e-lampiran A.


5) Pop-up window Sebut harga Travel Insurans akan muncul

--> Jika sebutharga travel insurans diperlukan, klik 'Beli Sekarang'. 
--> Jika mempunyai travel insurans sendiri ATAU mahu cari yang lebih murah, klik 'cancel'.




6) Klik muat turun dokumen e-lampiran A 

7) Setelah itu, sistem akan menjana satu lampiran A yang mengandungi maklumat anda.


8) "Save as" untuk simpan fail yang telah dijana. Fail yang dijana berbentuk PDF.


9) Cetak borang e-lampiran A sebanyak tiga (3) salinan


10) Setelah mencetak borang e-lampiran A, sila menandatangani di ruangan yang diperlukan ke dalam tiga-tiga cetakan (Perlu baca dan tanda tangan)


Boleh hantar borang tersebut! Siappp! Yeayy. Tapi semasa menghantar, kena pastikan beberapa item cukup. Boleh check checklist di bawah :

1. Borang e-lampiran A [tiga salinan berserta tanda tangan]
2. Salinan passport [tiga salinan]
3. Salinan IC [tiga salinan]
4. Salinan insurans travel [tiga salinan]
5. Salinan tiket penerbangan [tiga salinan]

NOTA TAMBAHAN :

1. Permohonan perlu dikemukakan untuk kelulusan tidak lewat 30 hari sebelum tarikh bertolak keluar negara.




2. Setiap guru / pegawai kerajaan akan ditaja travel insurans oleh kerajaan hanya sekali setahun. Sekiranya keluar negara lebih dari satu kali, maka kita diwajibkan membeli travel insurans sendiri. WAJIB ADA, KALAU TAK ADA TAK AKAN DILULUSKAN BORANG TU.

Kalau nak baca kepetingan Travel Insurans dan cara nak beli travel insurans, boleh klik sini :


Haaaa, itu jeeee. Senang kan? Nampak je macam banyak tapi okay je laaa don't worry! Kalau dah biasa buat tak rasa susah pon. ;) Selamat bercuti semua orang!!


No comments:

Post a Comment