Tuesday, 10 October 2017

Backpack Eastern Europe Murah 5 : Dubrovnik, Croatia to Mostar, Bosnia


Post ini ialah sambungan sebelumnya :


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini nak sambung la kisah trip saya sepanjang di Eastern Europe.

Selepas dah puas tidur, kami pun bangun dengan begitu fresh sekali rasa. 




Bukak tingkap je terpesona tengok kecantikan pemandangan di hadapan apartment kami. 



Ini semua pemandangan dari tingkap kami je. Cantik kannn.



Pemandangan di dalam apartment. Cantik apartment ni.


Inilah apartment yang kami stay. Cantik sangat dan berhadapan dengan scenery laut yang memang cantikk sangat.



Pemandangan betul-betul berhadapan apartment kami...



Owner apartment ni. Baik orangnya. Dia kata dia pernah datang Malaysia. Hihi 

Nama apartment ni ialah Villa Kukuljica, Dubrovnik

Boleh klik link ni je untuk booking. Senang


Memandangkan kami nak terus check out untuk teruskan perjalanan, dan kami juga memilih option untuk pay at the apartment, jadi kami pun membayar pada owner dia semasa nak keluar tu. Harga ialah 240 kuna bersamaan €32

So selepas dah bergambar sana sini sepuas-puasnya di apartment, maka pada pukul 9 pagi kami pun bertolak ke bandar Dubrovnik. 



Dari apartment untuk ke bandar Dubrovnik ni jarak dia 7km je. So dalam 10 minit drive je dari apartment. Sangat dekat! 

So semasa dalam perjalanan, tetibe ternampak cantiknya kapal ni! Maka kitorang pon berhenti tepi semata-mata untuk ambil gambar hahahaha.



Lepas dah bergambar dekat kapal, kitorang pon teruskan perjalanan sebab kitorang nak pergi kota lama Dubrovnik actually. 



Masalah dia, jalan sekejap je ada tempat baik untuk bergambar ape cite niiiii. Hahahaha Ini bukan depan apartment kitorang tau! Tapi memang kat bandar Dubrovnik. Cantik kan Dubrovnik? Suka sangattttt


Bergambar lagi dan lagi. Macam biasa la, ambil gambar beribu, tapi yang okay beberapa keping je hahahha


So inilah destinasi yang kami nak pergi tu, the Old City. Ini merupakan kubu la pada zaman dulu.. Ini juga merupakan tempat penggambaran Game of Thrones.









Kat sini kawasan dia berbukit sikit, dan parking space dia agak limited (maybe sebab ramai orang kot masa kitorang datang tu). Selepas dah dapat parking, so marilah kita memulakan perjalanan kita menjelajahi kota kubu lama Dubrovnik.

Nak masuk kota lama ni free je. Tak perlu bayar pun. Cantik dalam dia. Macam boleh terbayangkan zaman dedulu gitu. ecewahh..







Ada banyak lagi la spot cantik-cantik bergambar tapi cukup sampai di sini sahaja. Kang over lak bebanyak gambar huhu.

Selepas dah penat bergambar, kami pun kembali ke kereta kami untuk meneruskan perjalanan kami. Dalam pukul 1 petang, kitorang pun bertolak menuju ke Mostar.


Ini merupakan immigration Bosnia. Simple je kan haha. Sampai di immigration ni pada 1446. Takdela jauh pon Dubrovnik ke Mostar, tapi cam biasa la, lama sebab pergi isi minyakla menyinggah bergambar la.

Kat immigration Bosnia, dia nak cek dokumen kenderaan. So pastikan semasa sewa kereta tu,pastikan semua dokumen lengkap la. 

TIPS : Setiba je di Bosnia pastikan korang kena buka lampu kereta, even time tu tengahari yang sedang terang benderang pun waktu tu. Tak tahu la kenapa tapi kita ikut je la yeee.



Setibanya di Bosnia, kami terpaku melihat keindahannya. Memang cantik sangat negara Bosnia ni.. So far trip ni memang it gets better and better la. Makin cantik sceneries yang kami dapat lihat. SubhanaAllah.

First thing kami buat di Bosnia ialah of course singgah masjidnya. Best sangat rasanya sebab negara Bosnia majoritinya ialah orang Islam. Jalan untuk menuju ke masjid pun cantikkkkk pemandangan diaaa.



Pemandangan dari luar masjid.



Di Bosnia, makanan dan souvenir lebih murah berbanding negara eropah yang lain.



Jadi inilah hasil dapatan. Keychain peluru. Disebabkan negara Bosnia ni pernah mengalami peperangan suatu ketika dahulu, jadi mereka menggunakan peluru-peluru ini untuk dijadikan souvenir
*Not sure whether this is fake or real bullet.



Berdekatan dengan masjid yang kami solat tadi, terdapat sebuah restoran halal. Jadi kami pun singgah untuk makan sebentar. Betul lah orang kata, harga makanan di Bosnia sangat murah. Bayangkan semua ni termasuk air €4 jeee!!
Setelah makan, kami pun mula mencari apartment kami. Sedih juga tengok sekeliling kami kena bom oleh kerana peperangan dahulu.




Setelah berjumpa dengan owner apartment kami, owner apartment kami menceritakan serba sedikit mengenai peperangan Bosnia.
Jadi ini yang apa I ambil di Wikipedia je :


Perang Bosnia merupakan sebuah konflik bersenjata antarabangsa yang terjadi di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1992 hingga 1995. Perang ini merupakan sebahagian peristiwa yang berlaku selepas perpecahan Yugoslavia. Selepas pemisahan Slovenia dan Croatia daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991, negeri pelbagai etnik telah meluluskan satu referendum untuk merdeka pada 29 Februari 1992.

Panjang cerita dia sebenarnya tapi nak diringkaskan kiranya berlaku perebutan la, masing-masing nak dapatkan negara tu. Haaa ringkas betul kan. Kalau nak baca, boleh google je..
So kami pun dapat kunci apartment dan terus berehat. Inilah apartment kami...









Link untuk book apartment ini : 



No comments:

Post a comment