Monday, 7 May 2018

Review Restoran Kambing Bakar Cik Tri Sahara, Setia Alam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuaaa? Okay-okay, we skip this introduction part and go straight to the point ye. Haha. 

So the other day, I went to a restaurant named "Restoran Cik Tri Sahara, Kambing Bakar" di Setia Alam. Saje nak try makan kambing bakar yang famous sebab pernah viral dulu. 


Jadi inilah restorannya. Agak mudah untuk di cari. 
Waze je Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar



Setibanya di restoran ini, memang penuh juga orang. Kalau tengok meja diorang pun, apa yang diorder pun lebih kurang je. Haha

Di bawah ini ialah menunya :






Set Kambing Bakar Sahara dia is considered murah juga. RM 14.50 untuk nasi, kambing, sup dan air. Air boleh pilih Teh O / Sirap / Limau. Berbaloi!



Ada juga set ayam penyet, chicken chop dan nasi lemak.




Menu air dia pula. 

Overall, choices of food is very limited la. Tak banyak choice sangat, tapi i yakin sebab dia nak mengekalkan "aunthenticity" / specialty restoran ini iaitu berasakan kambing, jadi tak perlu banyak-banyak menu.

Bagus juga actually, sebab kalau kita fokus pada sesuatu benda, usually kita akan lebih terancang la. Okay ape benda i bebel tetibe ni haha. Kitorang pun order menu set kambing bakar dua, tapi tukar air sebab nak air tembikai laici dan epal asam boi sebab macam sedap je minum hari panas-panas ni. 

So secara logiknya, kalau dia dah ada dia punya own specialty, choices pun limited, mesti makanan yang diorder pun akan sampai dengan cepat kan? Mari kita lihat berapa minit makanan akan tiba.




Dalam masa 2 minit lepas order, dah sampai air kami. Wow pantas! Okay sabar dulu, jangan excited lagi, nak tengok dulu makanan sampai berapa minit pulak. Kang dah bersorak tengok-tengok makanan berjanggut nak tunggu. Hahahahaha


Baru je dapat air, tetibe dah dapat makanan pulak. Okay, dalam masa 3 minit menunggu, semua menu dah dapat. Memang bagus, servis yang cepat! Saya suka!



Jadi inilah ghope set menu kambing bakar sahara yang kami order. Ada nasi, kambing, sup dan air. 




Ini lah kambing bakarnya. Mari kita cuba dulu. Sedap ke tak sedap. On ke tak on.

Setelah diteliti, kambing bakar dia memang sedap! Pedas, manis, semua ada! Tapi takdela rasa macam kambing bakar sangat pun. Cuma kuah dia tu sedap. Harap bila pembaca try, dia dapat maintain kan prestasi kesedapan dia, sebab at the time I try, memang sedap!

Kelebihan :

- Servis laju gila ; kejap je dah sampai semua menu
- Dapat makan panas-panas sebab makanan cepat sampai
- Air dia sedap, so boleh la try tembikai laici dan epal asam boi
- Harga sangat berpatutan.
- Staff dia okay
- Restoran dia besar dan bersih, toilet pun bersih
- Lokasi mudah cari.

Kekurangan :

- Kambing bila dah sejuk rasa dia cam biasa-biasa je, tak sesedap makan time panas.
- Menu dia limited, but yes I understand sebab dia nak focus pada kambing bakar je


Jadi, pada sesiapa yang nak try, boleh la ke alamat berikut :

Restoran Kambing Bakar Cik Tri Sahara, Setia Alam

Alamat: 
Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar, 
Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 
40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Hari operasi: Setiap hari kecuali hari khamis
Waktu operasi: 10.00 pagi -11.00 malam




No comments:

Post a comment