Monday, 4 June 2018

MACAMANA NAK TRAVEL SECARA MAMPU DAN MURAH?





Assalamualaikum. 

Harini sy nak share sedikit perkongsian cara untuk travel secara mampu dan murah memandangkan ramai yang bertanya kepada saya. Tujuan kita mengembara sudah tentu untuk melihat keindahan alam yang terbentang luas yang Tuhan telah cipta bukan?

Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menyuruh kita untuk mengembara. Tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.


Me in my younger days. gituuu

Saya sendiri sudah mula travel secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa bermula dari umur 19 tahun, di mana saya memberanikan diri untuk mengembara bersama rakan-rakan. Di usia yang begitu awal, saya juga telah merujuk pelbagai panduan untuk mengembara secara ‘murah dan mampu’ memandangkan saya masih student. Jadi berikut merupakan tips yg ingin sy kongsikan :

1. PLAN
Mulakan trip anda dengan plan :
- Destinasi yg anda ingin lawati
- Berapa hari di sana
- Tempat apa yg ingin dilawati semasa di sana
- Berapa wang yg perlu anda bawa 
- Berapa total kos yang diperlukan sepanjang trip di sana

* Plan ini boleh dibuat secara kasar terlebih dahulu. Hanya untuk melihat anggaran kasar trip anda dan bajet. Boleh buat dalam bentuk itinerari di dalam Words / Excel. (Saya akan kongsikan cara sy buat utk next post.)

2. RUJUK PANDUAN
Setelah merangka plan, anda boleh mula merujuk Internet / Blog / Buku / Orang yg lebih arif dalam dunia travel berkenaan plan anda.

Soalan yg boleh ditanya :
- Adakah plan sy ni ok?
- Berpatutan tak kos yang sy buat ni? Atau ada cara yg lebih murah? 
- Pengangkutan apa yg perlu sy naiki di sana?
- Bagaimana cara untuk pergi dari airport ke bandar?

& sebagainya...

Dari dulu, saya memang gemar untuk merujuk di blog, internet. Anda semua dah bertuah sbb mudah dan ada group Backpackers Buddies Malaysia. Best!

3. MULA MEMBURU TIKET DAN HOTEL MURAH 
Sentiasa pantau harga tiket murah. Antara website yg best ialah :

- gotogate.my
- kiwi.com
- TripAir
- Budget Air dan banyak lagi

Hotel pula :
- Trivago
- Booking.com
- Airbnb 
- Agoda
- Hotels.com & lain2

Ada cara kalau dibuat secara Multiple Flights akan dapat jauh lebih murah. Maksudnya transit dari satu negara ke negara yg lain instead of ambil direct flights. Tapi cara ni lebih penat sikit la. Selain itu, syarikat penerbangan kebiasaannya memang akan buat promo. So selalukan diri untuk check website hihi

Hotel pula, depends pada pilihan anda. Nak murah, ambil hostel dorm yang kongsi 4-8 orang satu bilik. Kalau cara begitu, boleh dapat semurah RM 15 semalam. Tapi sekiranya anda tidak selesa, banyak hotel yang murah dan selesa untuk anda pilih.

4. BUAT ITINERARI SECARA DETAIL
Setelah membeli tiket, anda boleh mengisikan kekosongan untuk plan yg anda buat secara kasar tadi. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Di sini, anda dah boleh melihat dan itinerari lengkap anda. Takpe, benda ni boleh berterusan anda research sehingga la anda telah pun berada di destinasi yang anda inginkan.

PERKONGSIAN LAIN :
- Sentiasa bawak duit lebih untuk emergency
- Boleh bawa makanan sendiri dari Malaysia just in case muak makanan semasa di sana (kitakan perut melayu huhu). Cara ini pun lebih menjimatkan.

Sekian sahaja perkongsian sy. Boleh baca destinasi yg saya travel secara murah sebelum ini :

1. Backpack Korea Selatan 11 hari 10 malam RM 1800 All In (Seoul - Nami Island - Busan)

2. 7 Hari di Jepun (Tokyo-Kyoto-Osaka) RM 1900 all in

3. 5 hari Jogjakarta RM 688 All in


Dan banyak lagi yg boleh dibaca di blog. Nanti saya akan rajinkan diri untuk menulis di Facebook juga ye.

Salam Ramadhan,
Missdae
IG : @miszdae
Blog : www.missdae.blogspot.my

No comments:

Post a comment