Friday, 10 August 2018

Kepentingan travel insurance dan cara untuk memohon

Assalamualaikum semua.

Harini dae nak cerita mengenai travel insurance.  Saya bukan nak promote or apa, cuma nak memberikan info je tentang topik ini. Ramai orang bertanya, perlu ke ambil travel insurance? Ke membazir duit je? Jom baca dulu..

7 Kepentingan Mengambil travel insurance :

1. Melindungi traveller sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa melancong.

2. Melindungi barangan peribadi dan juga juga bagasi sekiranya berlaku kehilangan semasa melancong.

3. Pembiayaan perbelanjaan diri semasa kemalangan.

4. Menampung pembiayaan perbelanjaan perubatan dan juga pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian.

5. Menanggung kerugian akibat kelewatan penerbangan.

6. Layanan 24 jam sekiranya anda memerlukan perubatan yang darurat.

7. Menanggung kos akibat pembatalan penerbangan. 

Kredit : Kembara Sufi Travel & Tours

Although personally, dae tak pernah claim lagi insurans sebab belum pernah berlaku apa-apa lagi, tapi so far memang akan ambil insurance bila travel sebab kita tak tahu if anything bad happen in the future kan.

Jadi, macamana cara nak apply travel insurance?


Sekarang ni, dah tak susah dah untuk apply travel insurance. Dah tak perlu susah-susah pergi cari agents sebab semuanya boleh buat online. Antara website yang Dae suka untuk bandingkan harga dan coverage insurance ialah website Gobear.com


Pergi je website Gobear :



 Pilih nak travel insurance untuk trip tu je ke or nak untuk setahun terus. For this, Dae tunjuk travel insurance untuk satu trip dan untuk setahun terus. 

Jadi bawah ini ialah untuk kalau nak beli travel insurance untuk one particular trip :



1. Isikan destinasi, (contohnya Thailand) dan tarikh pergi dan balik. 
Note : Di atas di contoh je yee, bukan saya nak pergi Thailand hehehe

Nanti dia akan keluar macamni :


Nanti dia akan keluar pelbagai jenis insurance company, dan yang lebih best, dia dah siap-siap tulis harga dan coverage berapa. Takleh nak print screen semua sebab banyaakkkk

Zoom sikit untuk lebih dekat.  :


Murah je kan?? Paling murah boleh dapat RM 12 je untuk sepanjang kita di sana. Dan coverage pon tinggi. Personal accident RM 100,000 and so on. Depends la korang nak cari perlindungan macamana. Nak coverage tinggi mahal sikit la.

So kalau korang berminat, klik je kat butang "GO TO PROVIDER" untuk terus beli, sebab nanti dia akan direct korang terus ke website insurance tu, so korang cuma isi details dan bayar je. Settleee.

Or you can just go to their websites. Terpulang.

There you have it, your own travel insurance. 
Senang kannnnn??


Untuk pengetahuan korang, travel insurance ni harga dia berbeza mengikut bilangan hari trip korang, dan destinasi korang.

1. Contoh bilangan hari:

Kalau 1-5 days trip, biasanya boleh dapat harga RM 12 tadi tula. Lagi lama trip korang, lagi mahal.

Di bawah ini contoh dae buat trip ke Thailand untuk 9 hari pulak :





Nampak tak harga dia mahal sikit? Sekarang ni RM 19 yang paling murah. Tadi RM 12 je. 

Ini disebabkan lagi lama korang di luar negara, of course lebih terdedah kepada kemungkinan yang tidak diinginkan, so mahal la sikittt. Dae screenshot yang paling atas je, untuk buat perbandingan je. 

2. Contoh destinasi:



Ini contoh yang diambil di website AXA. 

Kebanyakan travel insurance memang akan membahagikan kepada beberapa Area, dan area ini menentukan harga travel insurance korang.

Area 1 :

Travel from Malaysia to Australia, Brunei, Cambodia, China (excluding Mongolia, Nepal & Tibet), Hong Kong, Macau, India, Indonesia, Japan, South Korea, Laos, Myanmar (Burma), New Zealand, Pakistan, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, and Vietnam only.

Area 2 :

Travel from Malaysia to Overseas EXCLUDING USA, Canada, Iran, Syria, Belarus, Cuba, Democratic Republic of Congo, North Korea, Somalia, Sudan, South Sudan and Zimbabwe.

Area 3 :

Travel from Malaysia to Overseas EXCLUDING Iran, Syria, Belarus, Cuba, Democratic Republic of Congo, North Korea, Somalia, Sudan, South Sudan, Zimbabwe.

Negara yang biasa tidak di cover oleh insurance :

Iran, Syria, Belarus, Cuba, Democratic Republic of Congo, North Korea, Somalia, Sudan, South Sudan, Zimbabwe.

** Maybe sebab negara-negara ni risiko lebih tinggi, so tak banyak yang nak ambil risiko untuk menawarkan insurans. 

So depending pada negara mana korang nak pergi, korang pilih la area yang bersesuaian. Kalau setakat Asia, biasanya memang area 1 jela dan paling murah.


So, elok beli travel insurance per trip or untuk tahunan?

Soalan yang perlu diambil kira ialah, berapa kerap korang travel? dan berapa lama korang travel? dan negara jenis apa je korang travel? 

Kalau dalam setahun, korang memang kaki jalan, sangat-sangat berbaloii. Memang sangat recommended ambil setahun terus.

Ingat tak yang dae ada cakap insurance ikut destinasi (area) mana korang travel kan? Untuk annual pon ada juga jenis-jenis dia.

Ini contoh untuk travel insurance khas untuk area 1 (around Asia) :


RM 163 paling murah. Kalau korang ambil yang harga RM 12 tadi tu, adelah dalam 13 kali trip untuk nilai dia sama RM 163 haha. Tapi tu kalau korang pergi trip yang 1-5 days la. Sebab kalau trip lebih 5 days jadi RM 19 kan. 

So more or less dalam 10 trips juga korang kena pergi untuk korang berbaloi bayar harga RM 163 tu. 

Tapi! Ya, ade tapinya. Yang best, annual ni sebab coverage dia kebiasaannya lebih tinggi. Dan since korang dah bayar untuk setahun terus, so harga dia memang tu je, dan dia dah tak effected dengan berapa lama korang travel. Tak macam kalau beli per trip. Lagi lama hari trip korang, lagi mahal nak kena bayar.

Tapi kalau korang ambil insurance Asia sahaja, kiranya insurance korang restricted to Asia jela. Nak pergi keluar dari Area 1 kena beli insurance lain. 

So kalau korang memang jenis nak explore kejap ke US, Canada, France, UK dan lain- lain, elok lah ambil insurance worldwide.

Ini contoh untuk travel insurance khas untuk world wide :

Tak mahal pon. Berbaloi kepada those yang memang kaki travel.

Better ambil travel insurance or takaful?

Kepada yang Islam, of course takaful is better sebab kita lebih meyakini sumbernya dan dia lebih telus dan islamic. Tapi Takaful perjalanan biasanya tak banyak choice dan lebih mahal. Jadi terpulang kepada tahap keimanan masing-masing hahaha ok JK.

So overall, itula serba sedikit mengenai travel insurance. Kalau ada soalan boleh tanya ye. Btw, korang guna travel insurance apa? Cuba share sikit di komen bawah ni :) 








3 comments:

  1. kak dae! insurans travel cover utk semua jenis pengangkutan ke?

    ReplyDelete
  2. Nice entry. Thankyou kak beri tunjuk ajar

    ReplyDelete