Saturday, 15 September 2018

Pengalaman naik KTM

Assalamualaikum.

Hi everyone. Dah lama tak menulis.. Takdela sibuk mana pon cuma tak sempat haha

Harini saje nak cerita tentang pengalaman naik KTM. Sebenarnya dulu i selalu gak naik KTM ni (di zaman takde kereta dulu), so since ada kereta, tak pernah pula naik KTM. So saje nak try naik KTM this time.

Kami beli tiket dari KTM Serdang. KTM Serdang dah nampak banyak perubahan dari luar. Dah ada tempat parking dan station dia pun dah di-upgrade. Which is good.

Tapi by the time menapak ke dalam station, tidaklah banyak mana pun perubahan dia. Lebih kurang je.



Kitorang nak beli tiket gunakan mesin tiket je. Tapi mesin pulak rosak. Sadis.



Maka, terpaksa la beratur panjang. Dah la bukak satu kaunter je. Train kitorang dijangka sampai lagi 4 min. Sempat ke ni....



Masa nak beli tiket tu macam pelik la dia tulis apa. Tengok2 rupanya tu tiket dia. Bila dah dapat tiket tu I was like.. What??? Ni tiket dia? Wait ni 2018 kot... Dulu sistem tiket dia lagi bagus!! 




Sekarang ni dia macam paksa orang beli kad KTM yang boleh touch tu. Or you can use TnG. Aduh come on guys, bukan semua orang commute regularly naik KTM. 

Satu hal nak menunggu orang tu menulis tiket. Kalau semua orang baru first time nak naik KTM, atau saje nak cuba2 naik KTM, so kena la menunggu dia menulis tiket untuk semua yang beratur tu. Pastu kalau  nak beli sendiri kat mesin, mesin pulak rosak. 

Ni macam moving backwards je sistem dia. Serious sistem dia dulu sepuluh kali ganda lagi baik. Tapi maybe la sistem dia down or something *positif* tapi dulu sistem down pon dia takdela sampai bertulis tiketnya. Dia still guna kad kertas tu printed siap tau. I miss the good old days 😿



Ok dah puas meluahkan ketidakpuashatian tentang tiket, maka mari kita menilai dari segi ‘punctuality’ dia. Train kitorang dijangka tiba pada 11.44, tapi train sebenarnya sampai pada 11.50. Still not punctual but dari segi punctuality, sekarang so far better laaa dari dulu yang sampai kena tunggu sejam pon tak sampai2 lagi train. Hahaha Ke sekarang pon masih ada isu tu? Ce share sikit pengalaman korang.





Naik train tu so far okla. Smooth journey, bersih. Train pon baru. Aircond functioning. 

So far, the journey ok je. Mengimbau kenangan lama. Huhu. Cuma ada la sikit2 yang KTM boleh perbaiki. Kitorang turun di Sungai Gadut. Cantik station dia. Baru. Macam station MRT yang baru buat tu..




Kat bawah ni ada map KTM kalau korang ada plan nak naik ktm.





Ini pula link kalau korang nak check tambang KTM :






No comments:

Post a comment