Saturday, 6 October 2018

Review Tempurung Kitchen Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Nak cari kedai makan best di sekitar Shah Alam? Haaa, tau tak di Shah Alam, ada sebuah kedai yang dinamakan Tempurung Kitchen? Haa, harini dae nak review Tempurung Kitchen Shah Alam. Jom tengok apa yg menarik!

Konsep restoran ini ialah modern klasik, jadi kita akan dapat melihat gabungan elemen moden dan klasik! Menarik! Asal ownernya ialah Kelantan, iaitu Kak Tini, dan kebanyakan menunya juga makanan Kelantan, tapi banyak juga menu dari negeri-negeri lain. Wow mesti sedap sebab restoran orang Kelantan! 



Tempurung Kitchen featured in Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Restoran ini famous juga di kalangan artis. Antara artis yang pernah makan di sini ialah King Coco, Ifa Raziah, Ako Mustapha dan ramai lagi. Malah, Jalan-Jalan Cari Makan TV3  juga pernah membuat liputan di restoran ini. Mesti menarik kan? Jom kita review Tempurung Kitchen yang terletak di Shah Alam ini pulaaa.


Dari luar cantik sekali hiasannya. Mengundang kita untuk masuk ke dalam. Menarik!!


Langkah je masuk, lagilah terpesona dengan konsep yang cuba ditonjolkan oleh restoran Tempurung Kitchen ini.



Lampu-lampu yang menyinari hidangan anda.


Cantik kan interior kedai? Ala-ala hipster. Konsep Minimalis pun ada. Cantikkkk suka sangat!


Banyak sudut untuk bergambar. Menarik!




Ok, marilah kita melihat menu dan makanan yang special di Tempurung Kitchen Shah Alam ini.


Wah macam-macam menu menarik yang disajikan. Jom kita cuba satu-satu!!


NASI TEMPURUNG RM 7.90




Well of course kalau dah namanya Tempurung Kitchen, pastinya akan ada nasi yang dinamakan Tempurung! Kalau korang suka makan makanan style kampung yang dihipsterkan, this is the place guysssssss.

NASI KERABU BEDO'OH RM 8.90



Nasi kerabu bedo'oh. Style betul nama! It is the same as Nasi Kerabu yang biasa kita beli, cuma warna nasinya kuning.

NASI GORENG KOKSIR KOKDEY RM 8.90




Although nama menu ni je koksir kokdey, tapi rasa dia memey sedap!

BUTTERMILK CHICKEN RM 10.90





Korang, kalau nak rasa buttermilk chicken yang sedap, memang kena pergi Tempurung Kitchen! Everything tastes just nice! Sedap sehingga menjilat jari!

KUNG PAO CHICKEN RM 10.90



ASAM PEDAS TETEL RM 14.90


IKAN SINGGANG RM 15.90


TK LAMB CHOP RM 19.90






Air ni sedapp! Mesti cuba! Korang kalau datang Tempurung Kitchen ni tunjuk je gambar ni kat diorang! hihi Ada Kit Kat tauu!






Lihatlah, betapa mengiurkan bila tengok gambar makanan ni. Yes memang ternyata sedap, dan bukan sekadar hiasan sahaja. 


Review Dae:

- Staff friendly, especially Kak Tini!
- Interior design cantik
- Servis laju dan pantas
- Makanan sedap

Overall, restoran Tempurung Kitchen ni memang best untuk korang try. Although sedikit tersembunyi kedainya, tetapi thanks to Waze, korang in sha Allah boleh sampai! Besides, memang boleh nampak kedai dia sebab terang benderang, so I like! The food was really good, memang korang kena cuba! The service was fast too. Yang paling I suka is the interior designing la, not too crowded, but yet still elegant. Yela gabungan moden klasik bukan senang kita nak tonjolkan, but Tempurung Kitchen made it! Thumbs up Tempurung Kitchen! Harap boleh diteruskan servis yang baik ini!


DISCLAIMER : At the time I dihidangkan makanan ini, memang sedap. So tak tahu in the future macamana whether dia boleh maintain the quality or not. 

Untuk pengetahun korang, Tempurung Kitchen juga ada menyediakan perkhidmatan / facilities seperti di bawah :

Surau
Sambutan birthday party
Meeting room yang boleh memuatkan 15-20 orang

Nak lagi menarik? Tempurung Kitchen pun ada lunch set yang sangat murah, hanya RM 7.90 untuk makanan serta minuman!!! Jom pakat traa make kat sini deh!

MENU
*SCROLL DOWN TO SEE MORE*
























So kalau korang nak try, boleh kunjungi :

TEMPURUNG KITCHEN 
LOT 10-1 JLN LENGKUAS D16/D , 
KEN RIMBA SEKSYEN 16 , 
40200 SHAH ALAM, 
SELANGOR 

OPERATING HOURS :

SATURDAY-THURSDAY
( 11.30AM - 10.30PM )

Jom layan video review Tempurung Kitchen by my husband



No comments:

Post a comment