Saturday, 24 November 2018

Review Teppanyaki IOI Putrajaya

Assalamualaikum dan hi semua!

Pernah dengar tak nama restoran Teppanyaki? Mesti pernah kann. Sebab dia ada banyak branch jugakla tapi sekarang ni macam dah berkurangan je.

So ape konsep Teppanyaki ni? Restoran ni lebih berkonsepkan makanan Jepun la. Tapi instead of sushi, noodles, dia lebih kepada makanan yang digoreng on the spot! Kali ni dae try Teppanyaki di IOI Putrajaya.

So jom tengok apa yang menarik dengan restoran Teppanyaki ni..



Berikut merupakan menu di Teppanyaki : 


Honestly, menu dia memang tak banyak jadi tak berapa banyak pilihan untuk anda. Mungkin dia nak lebih fokus kepada sesuatu benda dan bukannya terlalu banyak benda at the same time. Lagipun restorannya juga agak kecil. Jadi boleh difahami la kenapa tiada kepelbagaian. But the price is quite reasonable. 


Ini chef dia sedang masak. Kita order je dia akan terus masak depan kita on the spot. So itu juga menjadi tarikan orang untuk mencuba la di restoran ini. 

So this is what I ordered :



Gyoza RM 5.90. 

Macam ala-ala dumpling. Sedapp



Green tea RM 1.50. 

The time I rasa, dia buat pahit pulakkk 



Teppanyaki Cuttlefish RM 11.90. 

Banyak sayur which is good untuk orang yg suka sayur, tapi rugi untuk yang tak suka sayur. Haha. As for me, it is good la sebab i makan sayur! For the serving, boleh bagi credit la sebab dia tak kedekut! Which is good! The overall taste of this menu? Tawar hebeh, alamak baru puji tak kedekut, ni kedekut garam la pulak. Hahahahaa



Tapi boleh seasoned dengan kicap dan sambal. Which is well, memang la kalau tambah kicap dan sambal akan sedap sebab dia penambah perisa, but at least the meal itself should be sedap laaa. 

Overall review :

Pros : 

- Idea memasak on the spot menarik
- Interior design menarik, ala jepun
- Harga reasonable
- Tak kedekut in terms of serving. Sayur banyak, sotong banyak. Puas hati

Cons :

- Makanan takdela sedap mana pun, biasa-biasa je. *too honest*
- Terkilan tengok restoran di sebuah shopping mall yang gah dapat rating kebersihan B je. What the heck?
- Staff ramai foreigners, I dont mind cuma probably dari sudut kebersihan is questionnable *hence probably why they got B untuk kebersihan?

To sum up, makanan dia biasa je, tak ada wow factor and the worst part is tawar pulak haha. But I like the idea of masak depan kita so kita tahula apa yang ada di dalam makanan kita. Cuma I can’t brain bila restoran dapat rating B je lagi-lagi dalam IOI Mall. I don’t know about Teppanyaki restaurants in other malls, hopefully oklah. Kalau korang nak try, please do so. Tiada halangan. Just giving my honest review. Hihi

Disclaimer : This one is not a paid review. This is my honest review according to the time I buat review ini. 

Cheers,
Miszdae

No comments:

Post a Comment