Monday, 31 December 2018

15 Tempat Wajib Pergi di Korea!

Hi semua! Buat masa ini, dae dah pernah ke Korea Selatan sebanyak tiga kali, dan kebiasaannya akan dae akan cover Seoul, Gapyeong (Nami Island) dan Busan. Sepanjang di sana, jadi dae dapat rumuskan beberapa tempat yang korang perlu pergi!

Bercadang untuk ke Korea Selatan tidak lama lagi? Jadi apa yang menarik di sana? Jom kita lihat apa yang menarik di Korea Selatan! 

15 Tempat Wajib Pergi di Seoul dan Busan, Korea Selatan : 

9 Tempat Wajib Rakyat Malaysia Pergi di Seoul, Korea Selatan

1) Masjid Itaewon

Sebagai umat Islam, pastinya melawati masjid merupakan agenda utama kita kerana ingin melihat sendiri bagaimana agama Islam tersebar di negara-negara lain. Oleh itu, anda boleh mengunjungi Masjid Itaewon, yang terletak di Itaewon.



Berdekatan dengan masjid ini, terdapat pelbagai restoran Halal yang sering dikunjungi oleh umat Islam. 

Cara ke sini :
Any subway stations --> Itaewon station (exit 3)

2) Gyeongbokgung Palace

Istana Gyeongbukgung merupakan istana pertama yang dibina ketika pemerintan dinasti Joseon! Pelbagai sejarah yang boleh kita ambil di sini.



Harga tiket masuk : 
3000 won untuk dewasa

Cara ke sini :
Any subway stations --> Gyeongbokgung station (exit 5)

3) Deoksugung Palace

Bagi mereka yang ingin melihat pertukaran tentera dan penjaga istana dan merasai sendiri sejarah bagaimana kehidupan di zaman dahulu, anda boleh ke istana Deoksugung kerana harga kemasukannya juga lebih murah!



Harga tiket masuk : 
1000 won untuk dewasa

Cara ke sini :
Any subway stations --> Gyeongbokgung station (exit 5)

4) Namsan Tower

Apabila berada di Seoul, sudah pastinya kita perlu melawati landmark penting di sini iaitu Namsan Tower!


Cara ke sini : 
Naik bas nombor 3 berwarna hijau menuju ke Namsan Tower

5) Myeong dong

Bagi penggemar skincare, makeup dan lain-lain, anda boleh ke sini. Di waktu malam lebih happening kerana terdapat street food yang dijual, dan macam-macam boleh cuba!



Cara ke sini :
Any subway stations --> Myeongdong station (exit 6)

6) Namdaemun Market

Untuk membeli souvenir, dae sarankan anda untuk ke Namdaemun Market kerana harganya lebih murah. Anda boleh mendapatkan 3 pasang baju I Love Korea dengan harga 10000 won sahaja!


Cara ke sini :
Any subway stations --> Namdaemun station (exit 5)

7) Taman Tema Everland

Bagi penggemar aktiviti adrenalin, atau ingin meluangkan masa dengan santai bersama keluarga dan rakan, bolehlah ke taman tema Everland kerana memang menyeronokkan!


Harga tiket masuk : 
56000 won untuk dewasa

Cara ke sini :
Any subway stations --> Jeondae Everland dan naik free shuttle bus ke taman tema Everland

8) Bukchon Hanok Village

Untuk melihat sendiri perkampungan orang Korea pada zaman dahulu, boleh ke Bukchon Hanok Village. Anda juga boleh menyewa Hanbok untuk bergambar di sekitar perkampungan ini!


9) Nami Island




6 Tempat Wajib Rakyat Malaysia Pergi di Busan, Korea Selatan

1) Masjid Al-Fatah, Busan

Bukan sahaja di Seoul, malah, Islam juga telah berkembang di Busan! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk solat di masjid yang terletak di Busan.



Cara ke sini :
Any subway stations --> Dusil station (exit 8)

2) Oryukdo Skywalk

Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, iaitu berjalan di atas kaca, anda boleh ke Oryukdo skywalk. Di sini juga merupakan lokasi shooting Running Man dan apa yang menariknya, ianya PERCUMA!

Image result for oryukdo skywalk running man









Di sini juga terdapat taman dengan pemandangan yang cantik yang boleh anda lawati, iaitu Igidae Park.

Cara ke sini :
Ambil bas nombor 2 dan turun di Oryukdo Sykwalk

3) Haeundae Beach

Sekiranya anda ingin makan street food korea murah, anda perlu ke Haeundae Beach kerana makanan di sini jauh lebih murah berbanding di Seoul! 1 cucuk fish cake tu hanyalah 500 won, berbanding di Seoul yang  berharga 1500 won sebatang!




Cara ke sini : 
Any subway stations --> Haeundae station (exit 3)

4) Gamcheon Cultural Village



Di Busan terdapat sebuah perkampungan berwarna-warni yang dinamakan Gamcheon Cultural Village dan menjadi tumpuan pelancongan bagi mereka yang ke Busan. Memang cantik sangat!

Cara ke sini : 
Busan station -- Towards Sinpyeong --> Teosong  (exit 6)
Naiki bas hijau nombor 2 sehingga ke Gamcheon Cultural Village

5) Taejongdae Park

Semasa di Busan, anda perlu datang ke Taejongdae Park kerana taman ini sangat cantik! 




 


Harga tiket masuk :
PERCUMA tetapi boleh memilih untuk explore dengan berjalan kaki atau menaiki keretapi yang berharga 3000 won

Cara ke sini :

Any subway stations --> Nampo station (exit 6)
Naik bas bernombor 8/33/88

6) Jagalchi Market

Sekiranya anda ingin mencuba makanan laut di Korea Selatan yang sangat fresh, anda harus mencubanya di Jagalchi Market kerana harganya jauh lebih murah berbanding Seoul!




Jadi, dengan jumlah 9 tempat tarikan di Seoul dan 6 lagi tarikan di Busan, maka terhasil lah 15 tarikan yang anda perlu pergi sepanjang di Korea Selatan. Annyeong!

Ada tambahan lain? Boleh komen di bawah :)

No comments:

Post a Comment