Sunday, 10 February 2019

ITINERARI DAN BAJET RINGKAS BACKPACK KE HONG KONG & MACAU 4D 3N BAJET RM 1300 SEORANG



 OVERVIEW :

Hong Kong ada 4 main area yang dipisahkan oleh lautan.


i) Lantau Island - Airport, Disneyland, Citygate Outlets, Ngong Ping 360 Village.
ii) Kowloon - Avenue of Stars, Symphony of Lights, Ladies Market, restoran Halal
iii) Hong Kong Island - The Peak, Madame Taussad, Sky Terrace, Ocean Park, 
iv) New Territories - Tak Pernah pergi haha


BACKPACK KE HONG KONG & MACAU 4D 3N BAJET RM 1300 SEORANG


 Day 1 - 23 August 2019 

1735 tiba di Hong Kong terminal
1750 naik subway untuk ke immigration 
  • Beli octopass at the train booth for 2 = $150 
  • Beli travellers sim card for $ 118 dlm airport. Dpt 5gb, line 4G. 
  • Cari bus A21

1830 Take bus A21. Bayar guna octopass. Bus fare is $ 33 per person. Bus ada wifi. Untuk pergi ke hostel, turun di bus stop 14. Middle road. Tapi memandangkan dah nak dekat pukul 8, so kitorang turun di bus stop 15, dekat dengar harbour untuk tengok symphony of lights.



1945 Sampai di bus stop. Berjalan kaki sikit untuk ke harbour. 

2000 show Symphony of Lights bermula. Cantik! Show dalam 10 minit je. Then bergambar2 dan berjalan sekitar harbour, ada Avenue of Stars, Clock Tower dan lain2.




2100 Berjalan ke hostel dan Check in. Kena masuk area Chung King Mansion. Blok E. Rest

 Day 2 - 24 August 2019


DISNEYLAND ONE DAY TRIP

0830 Bertolak ke Tsim Sha Tsui station

08.35 Naik train from
Tsim Sha Tsui -> Lai King -> Sunny Bay -> Disney

Guna octopass je. Tak perlu keluar station pon sebab semua connected.

Sampai pukul 9. Bergambar2 kt entrance. 09.30 masuk guna voucher klook

Pusing Disney in order :

USA -> Adventureland -> Mystic -> Toys Land -> Fantasy Land -> Tomorrow Land 

  • Mesti try Grizzly Gruch Adventureland
  • Hyper Space Mountain Tommorowland
  • Toy story land
  • Iron man 
  • Mystic

Tengok show ending di Disneyland. 

2100 Balik naik MTR route yg sama 

Disney -> Sunny Bay -> Lai King -> Tsim Sha Tsui.

 Day 3 - 25 August 2019

MACAU ONE DAY TOUR FOR FREE

0630 Depart to China Ferry Terminal
0655 Arrive. Go to 1st Floor. Pergi ke kaunter TurboJet untuk dapatkan tiket yg dh beli dari Klook. Ada immigration juga. 
0730 Bertolak ke Macau dari ferry terminal. 
0840 Sejam 10 minit dh smpai Macau. Ada immigration jugak. Pastu keluar bangunan nanti ada laluan bawah tanah untuk ke “free shuttle bus”. 

Naik shuttle bus ke Star World untuk ke Senado Square. (Actually Grand Lisboa lagi dekat tapi bus tak sampai2 dh stgh jam tunggu. Star world ni dlm setengah jam tunggu tu dh 3 kali dia ulang alik)

Turun di Star World dan jalan dalam 10 minit ke Senado Square. 

Pkul 11 ke Grand Lisboa untuk naik shuttle bus. Bila sampai rupanya dia suruh masuk dlm casino dulu untuk dapatkan free ticket shuttle bus.

Pkul 12.10 baru naik bas bertolak ke Macau Ferry Terminal semula. Shuttle bus SJM, route dia Grand Lisboa —> Lisboa —> Ferry Terminal

Dalam 5-10 min sampai ke Ferry terminal. Plan nak pergi The Venetian pulak. Sampai2 je tengok bas ke Venetian baru je bertolak. Tapi yanh menariknya, dalam 3 minit lepas tu bas Venetian yg lain sampai pulak. Wowww

So kitorang pon naikla bas The Venetian tu, turun di hotel Venetian. Orang kata sini cantik sebab ala-ala Venice, ada gondola tu dalam mall dia. Boleh beli ticket naik gondola di Klook. 

Dah bosan jalan pusing2 The Venetian, next kitorang pergi The City of Dreams pulak.  jalan kaki about 1.2 km around 10-15 minimutes tapi nasib kat tepi2 tu ada tasik so cantik la untuk bergambar, takdela rasa jauh sangat.

Sampai the City of Dreams, we were amazed sebab hotel ni so far design dia lain berbanding hotel2 di Macau. Dia more futuristic, modern, pastu ada juga bahagian hipster. Haaa kat bahagian hipster tula terletaknya Hard Rock Cafe kat tingkat 2.

Next is kitorang saje nak ambil angin di luar. Tengah fikir nak pergi mana next, so saje jalan2 sekitar tu. Tiba2 ternampak sebuah hotel yang ada water fountain siap ada cable car lagi. And lebih best, cable car tu FREE je untuk masuk ke hotel tu. Nama hotel Wynn Palace. Cantik!

Dari hotel, boleh naik shuttle bus untuk ke Macau Ferry terminal. Sampai di ferry terminal pada pkul 9 malam. Balik HK pkul 10.05 malam



INFO MENGENAI FERI DI MACAU : 

  • TurboJET Ferries to/from Hong Kong Island run more frequently, every 15 minutes. Additional sailings with departures every 5 minutes are added during peak hours
  • TurboJet to/from Kowloon runs every 30 minutes 
  • Cotai Ferry to/from Hong Kong Island runs every 30 minutes
  • Cotai Ferry to/from Kowloon is least frequent with only a few sailings per day


💕 26 August 2018

ONE DAY HONG KONG ISLAND TOUR

Bertolak ke Tsim Sha Tsui MTR station. Tapi singgah di masjid sebelahnya, Kowloon Mosque. 

Sebenarnya nak pergi ke Masjid Ammar, tapi masjid ni terletak di dalam Hong Kong Island. Dia macam dari Johor nak ke Singapore la lebih kurang. Cuma lagi dekat kot haha. So boleh naik either ferry, bus or MTR la paling senang. 

Masjid Ammar ni famous di kalangan muslim travellers sebab ada restoran chinese food yang halal! Dah sampai Hong Kong mestila nak cuba makanan dorang kan, tapi nak yang halal. So boleh la ke Masjid Ammar.

Untuk ke Masjid Ammar, boleh naik MTR dari Tsim Sha Tsui station, menuju ke Central tapi turun di Admiralty station. 

Then keluar dari Admiralty Station, exit A dan menuju ke kanan bangunan. Nanti akan nampak tram station yang famous macam dalam cerita hong kong tu. 

Naik tram tu dan berhenti di Tonochy road station. Dalam 6 stops je dari admiralty station tu. Harga tram ialah $2.60 sekali naik, tak kira la jauh ke dekat station korang nak pergi tu.  Then, turun, jalan sikit sampai nampak macam gelanggang basket ball, masuk jalan tu. Kena naik tangga sikit sebab dia atas bukit. Pastu nanti korang akan nampak masjidnya di sebelah kiri. Boleh la pasang Google Map untuk lebih kepastian. 

Untuk makan di restoran halal, kena naik tingkat 5 masjid tu. Total harga makanan $204. 

Lepas dah makan, solat zohor dulu di masjid. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk ke Victoria Peak. Kat sini boleh nampak seluruh Hong Kong. 

Untuk ke Victoria Peak, kena naik balik Tram tadi dari Tonochy Road tapi ambil tram yang menghala semula ke Admiralty Station tadi. Kiranya cam patah balik la. Turun di station no. 66W, nama dia station Cotton Tree Drive, 1 station selepas Admiralty station tadi tu. 

Kena jalan sikit untuk ke ticket counter Peak Tram ni. Sampai2 je tengok waiting time dia tulis 1 jam. Ramai gila manusia. So kitorang beratur la. Beli tiket untuk naik ke victoria peak. Oh ye tram ni dengan tram kita naik untuk ke masjid Ammar lain tau! Yang ni tram macam kt bukit Bendera tu, so harga dia mahal la sebab untuk tujuan pelancongan banding tadi tu. 

Ada banyak jenis tiket. Ada yang combo harga tram + Skypass + Madame Taussuds. Ada uang tram + Sky Pass $99. Memandangkan cuaca pon nampak mendung je, kitorang fikir baik ambil yang ticket biasa je iaitu $ 52 seorang. Bila dah sampai kat atas tu dapat la tengok seluruh Hong Kong. Cantikkk! Btw, kat sini ada Hard Rock Hong Kong yang pada sesiapa yang berminat. 

Dah lepas jalan2 di Victoria Peak tu, kitorang pon plan nak pergi shopping la. Tapi shopping kat area Kowloon tu je dan bukannya di Hong Kong Island. So turun dari peak menggunakan tram, dan kami pon berjalan untuk ke Central station. Boleh je kalau nak ke Admiralty station tadi, tapi lagi senang terus ke Central station jela since lagi dekat untuk berjalan haha

Naik MTR dari central station, ambil Tsuen Wan Line menuju ke Tsuen Wan. Turun di Mong Kok station. Keluar dekat Exit E2. Confirm korang akan nampak terus kedai2 jual souvenirs.

Kena pandai menawar ye. Sebab barang dia mahal gila! 

TOTAL BAJET 

Flight Air Asia RM 547
Hotel RM 130.50 seorang
Turbojet to Macau RM 155
Traveller simcard $118 ~ RM 61.61
Octopass (macam TnG) $150 ~ RM 78.31
Disneyland RM 267.50
Bus balik A21 $33 ~ RM 17.23
MTR $5.50 ~ RM 2.87
Victoria Peak Tram $52 ~ RM 54.30

TOTAL SEORANG = RM 1256.37 tidak termasuk makan dan souvenirs sebab depends pada kesukaan masing2. Ada yg kuat makan, kuat shopping, ada yg tak. So kos makan dan souvenir saya tak include ye.


DOWNLOAD ITINERARY

Berikut merupakan gambar untuk itinerari di Hong Kong.






Kalau nak download, boleh download dengan menekan link ini :





Nak baca trip lain, boleh baca di bawah :


No comments:

Post a comment