Friday, 8 February 2019

Korea Trip Day 2 : Busan; Gamcheon Cultural Village, Masjid Al Fatah, Haeundae Beach


Harini kami akan explore Busan dengan menggunakan One Day Metro Pass Busan. Tiket ni boleh dibeli di mana-mana mesin yang terdapat di metro station.

Route hari ni berubah sikit dari itinerary sebab hujan. Jadi harini kami explore menggunakan One Day Metro Pass Busan :

* Gamcheon Cultural Village
* Masjid Al Fatah Busan
* Haeundae Beach
* BIFF Square 
* Yongdusan Park
* Busan Tower

Pagi-pagi lagi kami sudah ke train station yang terdekat dengan hostel kami which is Baemnaegol untuk membeli tiket one day pass.


Beli one day metro pass di metro station harga 5000 won. Boleh beli di mana-mana station. Tapi masalah mesin ini ialah dia cuma menerima duit 1000 won sahaja.


Jadi terpaksa la tukar duit di mesin 1000 won ini. Masukkan 5000 won sekeping, dia akan keluarkan 1000 won sebanyak 5 keping. Haaa gitu.



Bagaikan sudah ketagih, harini kami minum lagi susu pisang ni. Hahaha




Okay back to the story, our first destination will be .....

📍 Gamcheon Cultural Village

🚝 Naik train dari guest house ke Toseong untuk ke Busan Gamcheon Cultural Village.



Tiba di Toseong station, keluar di exit 6 dan cari bus stop di depan Cancer Institute Hospital.




Ini ialah Cancer Institute Hospitalnya.




Jalan di depan  Cancer Institute Hospital dan tunggu di bus stop yang berdekatan. Haaa nampak tak dalam gambar atas ni bas baru sahaja pergi tu. Kat situ la kita kena tunggu bas. 


🚌 Naik bas yang tulis Gamcheon Cultural Village. Ada banyak. Don’t worry. Bus fare 1050 won (T Money).


Tadaaaaa inilah Gamcheon Cultural Village! 


My second time hereeee. 



Haaa korang kena ambil gambar puas2, sebab ni macam Penang Art Street, korang kena explore untuk tengok tempat bergambar best2!




Boleh juga sewa baju hanbuk, tapi sejukkk so takpelaa thank you , next *nyanyi lagu Ariana* haha



 
 Haaa macam-macam hadooo



Lepas dah bergambar posing sana sini, kami nak ke Masjid Al Fatah Busan pulakk. Senang sebab dalam train line yang sama. 


📍Masjid Al Fatah Busan
🚝 Dari Toseong station naik train turun di Dusil station. 


Keluar di exit 8 dan follow signboard ISLAMIC CENTRE

Boleh baca step by step cara untuk ke masjid Busan ni di post saya yang ini : Cara ke Masjid Busan



Sampai masjid dan solat. Masa ni musim sejuk, memang sejukkkkk bangattt



Jangan lupa bagi derma even sedikit.. semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

📍Haeundae Beach

🚝 Dari Dusil station naik train dan turun di Haeundae Station. Ada banyak line nak kena tukar so I suggest download Busan train app. Senang..


Keluar di exit 3 untuk pantai Haeundae.


The best pocket wifi everrrr, thank you Roamingman!





Cantik kan Haeundae beach niiii





Kitorang dapat menyaksikan sunset di sini. Cantikkk


Pelbagai dekorasi sempena krismas. Meriah!


Hey that's me! :)


Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Best laa kalau datang dengan pasangan yallsssss. Kita ni nangis tepi bucu katil jela suami tak dapat ikutttt


Kat Haeundae beach ni jugak, ada macam-macam restoran, lebih kurang macam di Jagalchi market. Korang cari je lorong yang begini.



Best kat sini macam-macam ada. Makanan pun macam-macam ada.



 So kami dinner di sini makan toppoki dan kimbap. To tell you the truth, memang kat Busan sangat sangat susah cari makanan halal. So kita makan jela makanan yang berunsurkan seafood...



Lepas dah kenyang makan, dah bertenaga dah untuk berjalan semula (tapi mata dah mengantuk. haha)

Dari Haeundae station, naik train dan turun di Nampo station. Kat sini ada semua attractions seperti di bawah :


📍Nampo station :
- BIFF Square
- Yongdusan Park
- Busan tower
- Jagalchi market
- Gukje market

Semua dekat2 so boleh jalan kaki je sekitar tu. 

📍BIFF Square

Macam lebih kurang Myeongdong, best untuk korang hangout di sini.



Berdekatan BIFF square ni pula ada :

📍 Yongdusan Park
📍 Busan tower

Memang dekat2 je dua ni. Jalan kaki jeeee.


Tapi untuk ke Busan tower ni kena naik escalator macam tu. Memang korang boleh je nampak di BIFF Square tadi tuu.





Lepas tu kami ke Jagalchi market dan Gukje market, sama macam semalam.

Maka berakhirlah hari kami lepas dah explore banyak tempat. Mengantuk, esok dah nak ke seoul naik Mugunghwa train.

*****************

Boleh baca travel log saya yang lain sepanjang di Korea :






5. Korea Trip Day 3 : Train from Busan to Seoul, Itaewon, Myeongdong

1 comment: