Friday, 8 February 2019

Korea Trip Day 3 : Train from Busan to Seoul, Itaewon, Myeongdong

Hi... Hari ni tak berapa pergi mana-mana sangat sebab kami akan menaiki  keretapi Mugunghwa untuk ke Seoul dari Busan. Boleh baca cara-cara untuk book tiket di post saya yang ini :


Harga tiket ialah 28600 won. Bagi sesiapa yang nak minta tolong saya belikan tiket pun boleh, harga tiket 28600 won dan RM 20 charge fees untuk saya book kan yeee.

Boleh email saya di alleydae@yahoo.com untuk minta tolong saya belikan tiket Mugunghwa ini.

Sambung cerita, jadi kami pun check out dari Kimchee Downtown Guest house dan menuju ke Baemnaegol station.

Baemnaegol station --> Busan station

Kita akan ke Busan station untuk menaiki keretapi ini untuk ke Seoul.


Ikut sahaja sign board Busan station tu.


Tadaaa, ini lah Busan station. Besarrrr, dan inilah tempatnya cerita.... Train to Busan! haha





Tiket yang dah beli tu print out jeeee. Then kemudian tengok kat board kita kena pergi ke platform berapa.


Haa nampak tak tu Seoul Mugunghwa platform 3.


Jadi turun lah di platform 3


Itulah keretapi Mugunghwa.. Keretapi ini agak slow, jadi akan ambil masa dalam 6 jam juga untuk tiba di Seoul.


Interior di dalam keretapi ini. This time dapat keretapi yang lama la pulak. Dulu masa i pergi keretapi  cantikkkk..



Yeay dah bertolak! Seriously kalau bertolak pagi, sangat-sangatlah cantik pemandangannyaaaa. I cryyyyy



Jauh lagi perjalanan, so boleh la tidur duluuu. Nasib ada Roamingman, boleh la scroll instagram / facebook/ twitter. haha



Tepat jam 1508, kami pun tiba di Seoul station.





Yeayyy dah sampai Seoul

Sekarang nak ke hostel kita di Seoul pulak which is Itaewon Inn. Jadi korang boleh la rujuk apps Seoul Metro pulak yang dah download siap-siap di Malaysia.

Hostel kami di Seoul ialah : Itaewon Inn

Seoul station --> Itaewon station

Keluar di exit 4, dan terus belok ke kanan, jalan je straight sampai nampak Itaewon Inn!




Okay juga itaewon inn ni, murah, ada tandas, dekat dengan station dan lastly tak berbukit2 macam hostel lain yang terdapat di Itaewon!




Lepas dah letak bag, of course dah tak sabar nak berjalan kann. Tapi penat, tapi nak jalan tapi tapi tapii ahhh jalan jelaa hahaha.

Memandangkan hostel kami terletak di Itaewon, maka dekat lah dengan famous landmark di sini which is 

Masjid Itaewon


Boleh jalan kaki je dari hostel.




Dah solat semua di masjid, boleh lah makan pulak! Yang bestnya di Itaewon ni, macam-macam makanan halalan toyyiban ada!!!

Tapi masalahnyaaa.. Haritu semua restoran yang best2 tutup pulakkkk. Nak taknak terpaksalahhh kitorang makan di restoran Zafran Itaewon.








Okay to be honest guys, tak sedap so I tak recommend makan sini

That night, kitorang pun ke Myeongdong. Boleh naik train je.

Itaewon station --> Myeongdong station



aaaaa bestnya Myeongdongggggg macam-macam adaaaa










Lepas dah jalan tawaf Myeongdong, mata dah mengantuk, so it's time to go back to the hostel and..... sleepppppp!

Esok nak kena bangun awal pagi sebab nak pergi Nami Island. Yahoooooo!


*****************

Boleh baca travel log saya yang lain sepanjang di Korea :





5. Korea Trip Day 3 : Train from Busan to Seoul, Itaewon, Myeongdong

1 comment:

  1. teringin juga nak naik train from Busan to Seoul or Seoul to Busan. xpe slowly enjoy the view gitu kan..

    ReplyDelete