Thursday, 9 May 2019

PNB Perdana Hotel Buffet Ramadhan 2019


Hi koraaaannngggg. Masih mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan? Apa kata kali ini korang cuba pula berbuka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur! 


Pada tahun ini, mereka menampilkan kelainan untuk berbuka puasa iaitu dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.



Jom kita lihat sekitar restoran di PNB iaitu Restoran Binjai


RUANGAN YANG LUAS DAN SELESA



Ruangannya luas dan anda boleh memilih untuk duduk di ruangan dalam ataupun di luar.

SEBANYAK 188 JENIS HIDANGAN YANG DISEDIAKAN


Bagi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan untuk tahun ini,  Chef Amran Adnan selaku Eksekutif Chef di sini telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa yang hadir ke sini!

Para pengunjung pastinya akan berasa teruja dengan sajian menu tradisional melayu di Bazar Perdana sepanjang bulan  Ramadan. 


Apa yang menarik minat dae ialah Nasi Briyani Gam ini memang persis Nasi Briyani Gam di Johor! Jarang dapat tengok nasi briyani yang betul-betul di gam begini di KL!




Menarik dan sudah tentunya lazattt!

Antara signature dish yang ingin ditampilkan pada tahun ini ialah Sup Berempah Binjai, Kambing Golek,  Apam  Balik,  Satay, Aiskrim Goyang, Ais  Batu Campur  (ABC)  dan  juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.



Kupang sambal bawang

Ikan tenggiri masak tauchu

Kambing opor bali

Sauteed veggie with mushroom





Yong Tau Fu pon ada tauuu! Besstttt






Aneka buah-buahan




Aneka kuih-muih




ABC dengan pelbagai topping menarik!

RUANGAN OUTDOOR DENGAN ANEKA HIDANGAN SERTA MENU SPECIAL : KAMBING GOLEK


Restoran 10 Binjai turut mempunyai ruangan outdoor yang juga menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik  buat  para  pengunjung  bagi  merasai  suasana  seperti  berada  di  bazar  Ramadan  yang sebenar. 


 Dae suka sangat konsep khemah lutsinar macamni. Cantik sangat lagi-lagi di waktu malam!




Di luar ini lagi macam-macam adaaaaa. Sate ada, roti canai ada, mee ada macam-macam ada! Sama seperti konsep bazaar tetapi lebih eksklusif!




Kambing golekkkk! Nyummy!




Selain itu, terdapat juga ruangan minuman yang pelbagai!







Boleh pilih nak air apa. Yang famous di bazaar boleh juga didapati di sini!






    Haaa, nampak tak betapa banyaknya I ambil untuk makan! Hahaha. Jangan risau, tiada sebarang pembaziran sebab makanan dia semua sedap-sedap! 


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:- 

Restoran 10 Binjai 
Harga Promosi:  RM80.00 seorang 
Harga Biasa:   RM98.00 seorang 
Tel:      03-7490 3838  

Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan Kuala Lumpur anda boleh menikmati buffet yang sama, tetapi istimewanya di tingkat 39 PNB Hotel KL!

Restoran 39       
Harga Promosi:   RM100.00 seorang 
Harga Biasa:     RM135.00 seorang 
Tel:       03-7490 3939  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com



Selamat berbuka puasa dari saya dan chef guyss!

No comments:

Post a comment