Sunday, 15 March 2020

Adventure Waterpark Desaru Coast Review



Hi semua! 

Cuti ni pergi mana je?  I supposedly pergi Bali, tapi disebabkan sekarang tengah musim coronavirus, jadi takut pula nak pergi bercuti ke luar negara (especially kat airport sbb kt situ la kita akan jumpa people from all over the world, from all walks of life), so kita cuti-cuti Malaysia jela. 

So we decided to go to Adventure Waterpark Desaru Coast, located in Desaru, about 4 hours drive from KL, and about 1 hour drive from JB. 

 Tiket boleh didapati di website mereka ataupun boleh beli di KLOOK je



Trust me, beli online jauh lagi murah dari beli kat kaunter. Sebab kat kaunter it’ll be a whooping RM 151 (without MyKad)

But please do check from time to time kat Klook sebab kadang diorang buat crazy deals promotion like buy 1 free 1, 50% off and so many more! Yang lagi best, if you get your tickets from Klook, you will get free coffee and ice cream!

Tadaa, free coffee coupon!

Yeay for free coffee! Haha


So, ape je attractions yg ada di Adventure Waterpark Desaru Coast ni?



Terdapat 5 zone di sini, dan setiap zone membawakan tema yg berbeza. So kat bawah ni I senaraikan some of the attractions :

1. KRAKEN’S REVENGE (ZONE 3) 


Ok, bila korang sampai sini je, first thing korang kena buat ialah beratur kat sini! Sebab apa? Sebab best gilaaaaaa



Ni first time I jumpa kat Malaysia yg ada roller coaster dalam air. Sebelum ni pernah try kt Everland, Korea, and I really enjoyed it, so nak tengok ni best ke tak! Haha


Disebabkan takde orang, so we managed utk naik Kraken’s Revenge TIGA kali. Hahahahaha

Review Kraken’s Revenge : Not too extreme but for me ride ni just nice, sebab masih boleh terasa ibarat jantung tertinggal so maksudnya ok la takdela bosan, and I love the final touch kena air tu. You’ll be soaking wet! haha

2. THE TEMPEST (ZONE 2)





Review : Sama je feeling dia macam vuvuzela kat Sunway Lagoon. Best! Pon ada rasa jantung tertinggal jugak! Haha Ride ni kitorang naik 4 kali hahaha

3. RIPTIDE (ZONE 2)



Review : I would say it is a smaller version of The Tempest tapi air dia lagi laju so memang akan swirl back and forth! Kitorang naik ni 3 kali haha

4. PENAWAR RIVER (ZONE 2)

Of course kat waterpark mesti akan ada ‘sungai’, with different names, so kat sini nama dia Penawar River. What I love about Desaru waterpark is that dia provide EVERYTHING FOR FREE! 


Sebagai contoh, floating thingy ni diberikan percuma, so korang boleh pakai je dan lepas dah pakai letak balik elok-elok.


And pelampung see through ni pon free! Tak perlu keluar kan duit utk sewa tau! Best kan? Yang I suka gila sebab air dia sangat jernih! 





Apa yang uniknya kat Penawar River ni, dia siap ada kedai dalam air. Haha. So far theme park kt Malaysia, ni first time I jumpa camni! (Kat swimming pool hotel tu of course lain cerita la haha) 



So kitorang beli la sebab saje nak try experience. Haha.



5. SWINGING SHIP (ZONE 1)




Ni biasa-biasa je sebab kat semua theme park ada cuma cantik la scenery dia sebab ada air terjun dan tasik gitu

6. TIDAL WAVE (ZONE 4)


I super love the sandy beach dengan kerusi malas warna biru camni, memang cantik! 


But the tidal wave dia biase biase je. Ombak dia pon light-light je, not too extreme. So far ombak yg paling best kitorang pernah pergi kat Afamosa Melaka, fuh ombak dia memang best gila la, lagi kuat muzik lagi kuat ombak tu, tapi yg kt Desaru ni ombak dia datang dalam 2 minit sekali je. Boring ~



Kat Tidal Wave ni bersebelahan je dgn Hard Rock Hotel. Sesiapa yg duduk sini boleh dapat free entrance ke Desaru Coast ni. Semalam kat Hard Rock pon murah je (sbb including free water park tickets utk 2 orang), around RM 599 per night! Ok la kan?


So ini entrance utk guest hotel Hard Rock Hotel.

7. KIDS AHOY (ZONE 5)



Quite exciting for kids tapi tak best for adults sbb adults tak boleh naik rides kt situ. Unlike legoland and others, adults boleh je main. Haha

8. WILD WHIRL & SUPER TWISTER




Yang ni ada kat setiap theme park, but I can’t remember which, dia macam toilet, so kita akan berpusing-pusing before kena ‘flush’ hahaha. Tu best jugak. Kitorang naik tiga kali haha

9. Extra attraction  


Kat sini mula-mula ktorang cam tertanya free ke kena bayar ni? Rupanya free je nak main semua ni! Hahaha 




Final verdict, below I list kan pros and cons tempat ni. Kita mulakan dulu dgn kekurangan la haha

Cons :
• Kalau harga RM 94 kat website tu I think it is a little bit expensive sbb tak banyak attractions haha

Pros :
• although not that many rides, tapi kitorang berjaya menaiki semua rides ni at least 3 kali hahahha
• Staff dia sangat friendly, wherever we go memang diorang akan greet. Super nice!
• Banyak benda percuma, seperti pelampung, dan floating device tu. Even main games pon percuma. I like!
• Super bersih and masih nampak baru

Ala harga mahal tu korang tunggu time promo jela, serious kalau dapat harga promo memang sgt2 berbaloi Adventure Waterpark Desaru Coast ni tau! Totally recommended! 



No comments:

Post a comment