Tuesday, 24 March 2020

Backpack Europe 1 : London



Hi semua! Ada plan nak ke Europe? Especially ke London? Haa you came to the right place! Jom baca serba sedikit tentang my backpack journey to Europe baru-baru ni.


 Oyster card : 

I cadangkan korang untuk pakai Oyster card je kalau tak stay lama di London. Pengangkutan di London agak mahal, I guna oyster card je sbb bila dh habis trip, kita boleh pulangkan card tu dan dapat semula duit refund including duit2 lebihan tu.

Image result for oyster card

Harga oyster pass : £5 dan boleh topup serendah £10
Boleh dapatkan oyster pass di : Semua London airports dan stations
Cara penggunaan : Sama seperti Touch N Go di Malaysia 

 Tempat Penginapan :

Untuk dapatkan penginapan yang murah, I cadangkan korang stay di luar kota London kerana boleh dapatkan harga penginapan jauh lebih murah! Kami stay di Travelodge Wembley High Road. 

Image result for travelodge wembley high road

Image result for travelodge wembley high road

Harga semalam : RM 175 semalam
Station terdekat : Wembley Central Tube Station
Kelebihan : Terletak sangat berdekatan dengan tube station iaitu 'Wembley Central Tube Station'. Hotel ni juga terletak berdekatan dengan stadium Wembley. Harganya juga jauh lebih murah berbanding di tengah kota London.


 Cadangan Tempat Menarik di London : 

Antara suggested places that I recommend korang untuk pergi di London :

• Big Ben
• Eye of London
• Tower of London
• Buckingham Palace
• Hyde Park
• James Park
• Trafalgar Square
• Hard Rock Cafe
• Shopping kt Primark
 Football Stadium Tour
• Harry Potter Studios (Warner Bros Studios)

 Perjalanan bermula : 

• Bertolak dari KLIA
• Sepatutnya kami menaiki Saudi Airlines, tp disebabkan ada masalah oleh pihak Saudi Airlines itu sendiri, jadi kami ditukarkan penerbangan dan menaiki penerbangnan baru iaitu Emirates Airlines. Flight baru ni kami akan transit Dubai.


Schedule penerbangan kami :
KL (KUL) - DUBAI (DXB) : 0145 - 0505
Transit Dubai : 0505 - 0745 
DUBAI (DXB) - LONDOH (LHR) : 0745 - 1140 

Meskipun nampak sekejap, tapi perlu mengambil kira perubahan masa juga. Jadi kami berada dalam penerbangan lebih kurang 13 - 15 jam.

Image result for hard rock cafe dubai airport

Tips : Transit ni Dubai airport best! Macam-macam ada! Hard Rock Cafe Dubai pon ada kat airport. Surau dan tempat wuduk yang selesa pun ada.

 Day 1 - Tiba di London :

Kami sepatutnya dijangka tiba di London awal pagi, namun, oleh kerana berlaku perubahan flight yang disebabkan oleh Saudi Airlines, maka schedule perjalanan kami turut terjejas.

Image result for london heathrow


Nota : Penumpang Emirates akan turun di Terminal 3. Alhamdulillah urusan imigresen pun mudah je. 

Cara untuk ke Kota London dari Airport London Heathrow : 
1. Ikut papan tanda gambar tube station (tube ni macam train)
2. Korang akan berada di Hatten Cross Station
3. Beli Oyster Card
4. Naik tube Piccadilly line di Platform 2 menuju ke destinasi korang.


Seperti yang telah disebut, hotel kami terletak di Wembley Central, iaitu luar dari Kota London, jadi perjalanan kami dari airport mengambil masa dalam 40 minit untuk tiba di hotel.




Di Wembley sendiri mempunyai perbandaran kecil. Dalam itinerary sepatutnya kami Football Stadium Tour. Kami cadang pergi ke Emirates Stadium, Chelsea Stadium, tetapi disebabkan kami terlalu penat dengan flight yang lama serta masalah Saudi Airlines, jadi kami hanya explore berdekatan sahaja. 

Antara aktiviti yang boleh dibuat di Wembley ialah :

1. Jalan ke Wembley Stadium
2. Shopping di shop lots berhampiran
3. Solat di Wembley Mosque
4. Berjalan di Wembley Park

Tips : Cuaca di London agak sukar dijangka kerana mostly akan hujan. Jadi boleh persiapkan diri dengan raincoat atau wintercoat (ketika musim winter) yang kalis air.

 Day 2 - Berjalan di Kota London in ONE DAY : 

Oleh kerana schedule banyak terjejas, jadi kami pergi mana yang wajib pergi yang boleh cover dalam sehari sebab malam nya kami akan ke negara seterusnya pula.

Antara tempat menarik yang korang boleh cover di London dalam SEHARI ialah :

• Big Ben
• Eye of London
• Tower of London
• Buckingham Palace
• Hyde Park
• James Park
• Whitehall Horse Guard
• Trafalgar Square
• Hard Rock Cafe
• Shopping kt Primark

Tips : Untuk memulakan perjalanan, I cadangkan korang naik tube dan turun di Westminster Station sebab itu paling senang. Korang turun je di Westminster Station, korang akan nampak attractions pertama di London, iaitu Eye of London dan Big Ben. Dari situ, korang boleh berjalan kaki sahaja untuk ke attractions seterusnya.

Image result for london walking tour map

Attractions di London yang boleh kita cover dengan berjalan kaki. But to be honest, perjalanannya takdelah begitu dekat, tapi untuk menikmati pemandangan kota London sebaiknya, eloklah berjalan kaki kerana London sangat cantik!

 LONDON EYE 

Nikmati keindahan kota London dengan menaiki London Eye! 


Bayaran masuk : 
£27.00 (dewasa)
£22.00 (kanak-kanak)
Boleh dapatkan lebih murah di KKday : Klik sini 

Waktu operasi : 
11.00 pagi sehingga 6.00 petang

 LONDON TELEPHONE BOOTH 


Boleh dijumpai banyak di sekitar Westminster, tetapi turut boleh dijumpai diseluruh kota London.

 BIG BEN 

Dari London Eye, korang boleh berjalan ke Big Ben. Perjalanan mengambil masa sekitar 10 minit dengan berjalan kaki.

Image result for big ben

 ST. JAMES PARK

Dari Big Ben ke St. James Park pula perjalanan mengambil masa juga sekitar 9 minit berjalan kaki.  But trust me, korang tak akan rasa pun penat sebab sambil berjalan korang akan lalu park yang cantik dan jumpa macam-macam haiwan!




Kat James Park ni, korang boleh la picnic. Nasib baik bawak Kembara Meals, tak perlu susah-susah masak, letak air je dalam bag tu dan dia boleh panaskan secara automatic! Kalau berminat nak beli boleh klik SINI.

Tips : 
1. Kat London buah-buahan dia murah! Boleh beli di Tesco.
2. Kemasukan ke James Park ini percuma je.

BUCKINGHAM PALACE 

Dari James Park untuk ke Buckingham Palace mengambil masa 4 minit je perjalanan.



Buckingham Palace merupakan kediaman rasmi Queen Elizabeth. Kat sini, korang boleh menyaksikan pertunjukan pertukaran guards (Changing of the guards). Namun begitu, pertunjukan ini bukan diadakan setiap masa. Boleh lihat dibawah untuk hari-harinya :

August - May: The Queen's Guard change on Mondays, Wednesdays, Fridays and Sundays. 
June - July: The Queen's Guard change daily.

Image result for buckingham palace guards


 WHITEHALL HORSE GUARD 

Dari Buckingham Palace, untuk ke Trafalgar Square, korang akan jumpa Whitehall Horse Guard, jadi boleh lah bergambar dengan horse dan guard ini secara percuma!



 TRAFALGAR SQUARE 

Trafalgar square merupakan dataran untuk orang umum yang menonjolkan architecture serta mempunyai water fountain yang cantik! Perjalanan dari Whitehall Horse Guard dalam 5 minit perjalanan sahaja.




Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Setelah puas berjalan, kami ingin melihat Tower Bridge yang terkenal di London. 



 TOWER BRIDGE 

Untuk ke sini, korang boleh menaiki tube dan turun di London Bridge Station. Perjalanan dari station ke tower bridge dalam 10 minit.



Jadi inilah Tower Bridge. Korang lintas jambatan ini akan membawa korang ke Tower of London, istana terkenal kerana banyak berlaku pembunuhan pada zaman dahulu.

 TOWER OF LONDON 

Image result for tower of london

Bayaran masuk : 
£27.50 (dewasa)
£13.10 (kanak-kanak)

Waktu operasi : 
10.00 pagi sehingga 5.30 petang

Kami banyak berjalan kaki je sebab tempat yg I senaraikan ni semua dalam walking distance. Lagipun saya suka nikmati kota London. Maklum la tempat saya membesar masa kecil dulu. Mengimbau kenangan gitu haha. Hari pun sudah gelap, jadi kami perlu balik ke hotel untuk check out. 

 Perjalanan diteruskan ke Amsterdam 

Malam ini akan ke Amsterdam pula, tetapi kami akan singgah di Antwerp, Belgium dahulu sebab perjalanan direct akan mengambil masa 12 jam dalam bas. So untuk elakkan sakit pinggang, kami singgah di Antwerp, iaitu dalam 5 jam dari London.

Kami menaiki FLIXBUS, bas ke 5 bandar iaitu route bas yang kami cover ialah : 
London - Antwerp - Amsterdam - Frankfurt - Parisdengan hanya €99 sahaja. Memang berbaloi! Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini : TRAVEL EUROPE MURAH DENGAN INTERFLIX 


Setelah check out, kami pun bertolak ke London Victoria Station.




Di London Victoria Station, terdapat banyak bas. Jadi pastikan korang menaiki bas yang betul. Untuk tiket bas, tak perlu print pon takpe, boleh tengok kat apps je tapi lagi mudah print je. 


Dari London, untuk ke Amsterdam, korang akan menaiki ferry. Jadi bas akan parking dalam ferry dan semua penumpang di minta masuk ke deck. Kat deck ni macam-macam kedai ada. So boleh duduk lepak-lepak hilangkan mabuk laut. Don't worry.


Setelah ferry tiba di perairan, penumpang akan diminta untuk memasuki bas semula. Jadi pastikan bas betul ye sebab terdapat banyak bas di dalam ferry ini!

 Pocket Wifi Roamingman 

Oh ye, ramai yang bertanya pocket wifi apa yang saya gunakan untuk Europe trip saya kali ini. Sudah semestinya my favourite pocket wifi ialah Roamingman! Serious murah dan coverage pun bagus!! Boleh baca lebih lanjut di sini : Roaming Man Pocket Wifi Murah untuk ke Europe!



Perjalanan seterusnya ke Antwerp, Belgium boleh baca di sini :

Travelog & Itinerari di Antwerp, Belgium

No comments:

Post a Comment