Monday, 16 March 2020

Cara Claim Refund untuk Air Asia Flight

Hi semua, apa khabar?

 Nampak gayanya Coronavirus ni semakin rancak yeee. Di musim-musim Coronavirus ni, saya nasihatkan agar korang tidak travel meskipun Air Asia tengah rancak buat sale kaw-kaw. Yela bayangkan tiket ke Seoul RM 71 jeee. Gila kentanggg. 

Mungkin ada yg justify yg “alaa I travel ke negara yg tak banyak case” but how sure are you dia tak banyak case? Maybe negara dia tak mampu utk buat screening test? Mungkin dia tak report cases tu? Or kalaulah kat negara tu memang takde case, tapi kena ingat, kat airport itu sendiri tempat perjumpaan manusia dari seluruh negara and from all walks of life dan mungkin ada daripadanya dah dijangkiti Coronavirus, we’ll never know.


I yakin ramai teruskan juga sebab sayang tiket flight burn camtu je kannn. Don’t worry guys, kita boleh claim refund sebenarnya, dan kita boleh dapatkan up to 100% refund tau. Haaaa. So macamana nak cancel flight dan dapatkan claim refund?

Akan ada banyak pilihan utk refund ni, tapi untuk kes kebiasaan ialah :

- Flight Cancellation Refund
- Flight Reschedule Refund

Both option ni biasanya disebabkan Air Asia sendiri yg hantar email untuk menyatakan yg flight korang cancel atau kena reschedule atas sebab-sebab tertentu yg tidak dapat dielakkan oleh pihak Air Asia.

- Airport Tax Refund

Airport Tax refund ialah dimana kita sendiri yg pilih utk cancel kan flight tu. Seperti yg sedia maklum, kita memang tak akan dapat full refund kalau kita sendiri yg cancel kan flight, tapi at least kita boleh claim Airport Tax Refund, which is at least, a something la kan. 

So bawah ini adalah langkah-langkah utk claim 

CLAIM REFUND AIRPORT TAX

So di sini I nak share kan cara-caranya :

1. Buka message di Apps Air Asia



2. Klik Air Asia Support - Chat with AVA



3. Pilih Refund / Check Refund Status


4. Pilih Air Asia New Refund Request








CLAIM REFUND UNTUK FLIGHT RESCHEDULED / CANCELLED OLEH AIR ASIA

1. Proses yang sama seperti atas tapi pilih Refund Reschedule / Cancel (depending on your case la) 

Boleh tengok langkah-langkah di bawah :








Lepas dh buat step semua ni, korang akn dapat duit ke dalam account korang dalam tempoh masa yg diberikan.


Jadi jangan takut flight tiket tu burn, sbb Air Asia SENTIASA akan buat promosi yg murah2. Jangan lah jadi selfish, kalau tak sayang diri pun, ingatlah orang tersayang dkt rumah 😹 Tapi kalau lah korang memang nak jugak travel ke luar negara, make sure korang self quarantine 14 hari kat rumah, tak boleh jumpa orang, so tak boleh kerja, tak boleh berjalan ke shopping mall, dan lain2.


Sila jaga diri ye semua orang, jangan la jadi selfish. I yang selalu travel ni pon cancel kan flight ke Bali tau 😹 Tapi takpela, demi kemaslahatan ummah gitu ❤️❤️ Semoga kita semua dilindungi. Aminnnn


No comments:

Post a comment