Thursday, 3 September 2020

Review Four Points by Sheraton KL Chinatown

 


Heyyy guyss! 

Korang pernah tak tertanya, hotel apa yang best di Kuala Lumpur ye? Untuk orang yang tinggal berjauhan dari KL, sudah pastinya ingin mencuba menginap di hotel yang menarik serta harga yang berpatutan kan? Malah, ada juga warga KL yang ingin ber'staycation' berdekatan. Tapi apakah hotel yang boleh menepati semua kriteria ini??


Say no more, introducing to you guys Four Points by Sheraton yang terletak di Chinatown, Kuala Lumpur! 


SERBA SEDIKIT TENTANG FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR : 

Kalau nak tahu,  hotel ini adalah hotel yang ketiga oleh Four Points by Sheraton di Malaysia, dan juga merupakan yang pertama di Kuala Lumpur! 



Apabila melangkah masuk, pastinya korang akan terpesona dengan konsep dan designnya yang menggabungkan elemen trasional serta moden bagi mencerminkan tradisi dan budaya yang terdapat di Chinatown! 

Designnya diinspirasikan oleh kisah imigran Cina yang ke Tanah Melayu bagi melombong bijih timah,  dan ini dapat dilihat menerusi seni bina yang diterapkan di dalam hotel ini seperti dinding batu bata, warna kehijauan yang melambangkan batu jade, serta besi-besi yang turut dapat dilihat yang melambangkan hasil melombong bijih timah. Memang sangat cantikkkkk! 




BILIK DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR : 


Hotel ini mempunyai sebanyak 318 bilik, 18 suite dan 76 bilik bersambung yang luas, sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan ataupun yang mempunyai keluarga yang besar. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan / necessities, mempunyai reka bentuk yang konteporari, dan istimewanya, setiap bilik disajikan dengan pemandangan bandar yang amat menakjubkan.




Cantik kannn pemandangan dari bilik kami!!



Di dalam bilik juga, para tetamu dapat melihat karya seni oleh seniman Malaysia Loka Made yang menghiasi dinding di setiap bilik. Turut terdapat ialah TV 49 inci, wifi laju dan katil yang super duper comfortable by Sheraton Comfort Bed, pastinya para tetamu akan menikmati tidur yang lena!

Apa yang lagi best ialah, harganya pun sangat sangat berpatutan tauuu!! 


Harga bilik adalah serendah RM 144 tau! 

Selain itu, di hotel ini juga terdapat 7 jenis bilik lain iaitu Deluxe Twin Room, Deluxe King Room, Premium Twin Room, Premium Downtown Twin Room, Premier King Room, Premier Downtown King Room,  dan Premier Suite. Jadi korang bolehlah pilih mengikut keselesaan dan kesesuaian korang.


Terdapat pelbagai kemudahan yang korang boleh enjoy di Four Points by Sheraton dan antaranya ialah swimming pool dengan view bandaraya Kuala Lumpur yang sangat menakjubkan! 


Antara bangunan ikonik yang korang boleh lihat dari bilik korang dan juga swimming pool ialah Menara KL, Petronas Twin Towers, Menara Merdeka yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan TRX!





Haaa, tengok, Barbie pun tidak melepaskan peluang untuk bersantai di tepi pantai. Gitchewwwwww


TEMPAT MENARIK SEKITAR FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR : 

Kalau kita staycation, mestilah ada beberapa faktor yang kita akan consider  : 

"Apa je yang boleh kita buat berdekatan dengan hotel ni?" 
"Apa tempat menarik berhampiran hotel ini?"
"Apa tempat menarik boleh kita explore di KL ni?"

Haaa, korang tak perlu runsing, sebab hotel Four Points by Sheraton dah siap sediakan peta / map untuk korang explore apa yang berdekatan, dan korang boleh BERJALAN KAKI je tau!!

Apa yang lagi bestnya ialah, korang juga boleh join pertandingan yang dibuat oleh pihak hotel which is EXPLORE AND WIN. Haaaa bukan senang tau untuk hotel organise pertandingan senang macamni. Korang hanya perlu explore ke 5 tempat yang terdapat dalam peta, bergambar, dan post dalam sosial media di samping tag mereka. Haaaa bestkan!


So ni antara tempat menarik di sekitar Chinatown, Kuala Lumpur yang I dah pergi dan explore dengan hanya berjalan kaki sahaja mengikut peta yang disediakan. Sangat mudah!! So korang boleh la join the club. Gitchewwww


 1) Petaling Street 

Kalau korang food hunter, korang boleh try pergi ke Petaling Street. Bukan sahaja ada macam-macam makanan, tapi pelbagai barang turut dijual, antaranya ialah bag, baju, peralatan elektronik dan lain-lain.




Credit  to Vision KL for this picture. Stunning! 

2) Kwai Chai Hong


Teringin nak tengok Penang Street Art tapi tak nak pergi jauh2? Say no more, kt KL pon ada tauuuu! 


Memang cantik, dan banyak street arts kat sini, tapi I taknak expose all sebab it's your job to find out hahaha


3) Kasturi Walk dan Central Market 


Nak tengok barang-barang seperti pinggan mangkuk cecantik dan hasil seni Malaysia boleh datang sini, macam macam adaa. Selain itu, macam-macam hasil seni pun ada! Seronokkkk! 


4) River of Life & Masjid Jamek


Korang pernah tak tengok masjid yang situated perfectly in a triangular piece of land? Haaa, itulah keistimewaan Masjid Jamek, antara masjid yang tertua di Malaysia, and interestingly, dia overlooking dua sungai tau, Sungai Klang dan Sungai Gombak.  On the way there korang akan lalu at the River of Life and boleh tengok mural cantik-cantik! 


5) Sri Maha Mariamman Temple 


Tadi kita bercakap pasal masjid tertua di KL kan, haaa tahukah korang, di Chinatown juga terdapat temple tertua di Kuala Lumpur? Nama temple ini ialah Sri Maha Mariamman Temple, dan telah dibina pada tahun 1873! Menarik kan!


6) REXKL 


REXKL dahulunya dikenali sebagai sebuah panggung wayang yg sangat ikonik suatu ketika dahulu, namun kini, telah diubah suai dan dimodenkan untuk dijadikan sebagai pusat kesenian dan kebudayaan! Sekiranya korang berminat untuk menonton persembahan kebudayaan, boleh lah datang ke sini! 

Sebenarnya ada banyaaakkkk lagi, tapi kalau cerita semua tak surprise la kan. So better korang explore sendiri, baru la syok!! TAPI, kalau korang malas nak explore sendiri, don't worry sebab hotel juga ada provide free 2 hour guided walking tour. Haa so ikut je tour guide dan dia yang akan bawa ke semua hidden gem like in the map!


Selain itu, kat sini ada MRT dan station bus tau, jadi kalau korang nak melangkah jauh sikit, macam nak pergi IKEA Cheras ke, nak pergi Suria KLCC ke, boleh la naik pengangkutan awam yang berhampiran. Surprisingly kan, I ternampak yang Rapid KL tu ada sediakan bas percuma. I was like wowwwww!



MAKAN-MAKAN DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR : 


Seperti yang korang sedia maklum, di Chinatown memang terdapat macam-macam tempat menarik untuk food hunt, tetapi, sekiranya korang cuma nak enjoy makan-makan di hotel, jangan risau, di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur pun korang boleh menikmati breakfast dan dinner dengan harga yang berpatutan!


QUAN'S KITCHEN


 Quan's Kitchen yang terletak di dalam hotel Four Points by Sheraton ni sangatlah instagram worthy tau! Di setiap pelosok restoran ini pastinya tidak menghampakan bagi penggemar fotografi! Bak kata orang "sambil menyelam, sambil minum air", so korang boleh makan dan berfotografi dalam masa yang sama tau!





MAKAN MALAM DI QUAN'S KITCHEN :

Harga untuk makan malamnya juga berpatutan. Berikut merupakan menu makan malam yang disediakan di Quan's Kitchen. 



Setiap makanan yang di-order mempunyai side dish yang tersendiri. Tetapi apa yang menariknya ialah, korang boleh customise your own side dish tau! Boleh pilih je dari menu tersebut yang mana pilihan hati korang! Best kan??

Pastinya korang akan tanya, so menu apa je yang recommended? Haa, berikut merupakan antara signature dish yang kami dah try. I list kan dulu ye ke semua signature dish yang ada.

DRY LAKSA NOODLES


PAN SEARED SALMON


GRILLED AYAM PERCHIK


PENNE PASTA MUSHROOM RAGOUT


Dan katanya SEABASS pun antara signature tapi malangnya dah habis :(


So far menu favourite I ialah Pan Seared Salmon, sebab I peminat Salmon, tetapi yang lain pun tidak kurang hebatnya tauu!


Semua signature dish kami try tau! Dah la makan berdua je! Hahahaha

BREAKFAST DI QUAN'S KITCHEN :




Breakfast spread di Four Points by Sheraton pun best juga! Buffet dia macam-macam ada tau! So korang boleh la makan sampai kenyang! Haha Yang paling I suka sebab ada dimsum. Sedapnyaaaaaaa!!! 


Memandangkan sekarang tengah PKP, jadi pihak hotel telah mengambil langkah berjaga-jaga iaitu mereka yang akan mencedokkan makanan. Bila begini cam agak segan jugak nak tambah banyak-banyak kali sebab kesian kat staff asyik nak kena mencedok je makanan kita, haha tapi takpela, demi kemaslahatan ummah, gitcheeewwwww... Haha


OVERALL REVIEW :

Macam biasa, of course I akan share kan pros and cons untuk hotel ini. Overall, memang best hotel ni. 

PROS :

- Terletak betul-betul dalam bandaraya Kuala Lumpur
- Banyak tempat menarik yang boleh kita explore berdekatan dengan hotel
- Terdapat MRT dan bus station berdekatan, so boleh lah pergi jalan-jalan ke tempat lain juga!
- Walaupun terletak di dalam KL, tapi ada banyak parking, jangan risau
- Harga berpatutan, serendah RM 144 je yallz
- Memang sangat cantik dan moden
- Ada free guided tour untuk pusing area Chinatown
- Staff friendly
- View dari bilik dan hotel superb! 
- Bilik luas, sesuai untuk keluarga

CONS :

Probably the food boleh improvise, but other than that, it's good!!

Therefore, overall, this hotel is definitely a great place to stay, totally recommended!

For more info 

Boleh ke website mereka iaitu : Four Points by Sheraton

Address : 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel :  03 20357333












1 comment:

  1. bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant

    ReplyDelete